Nurul Izzah kawin, ini biodata Yin Shao Loong

Nurul Izzah selamat diijab kabul, pilih Yin Shao Loong jadi teman hidup.Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar selamat diijab kabul pada petang Jumaat (5 Ogos), dengan pilihan hatinya, Yin Shao Loong dalam sebuah majlis yang dihadiri ahli keluarga dan kenalan terdekat, di ibu negara.

Pengumuman tersebut disampaikan dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan pada Jumaat malam.

Nurul Izzah dan suaminya memaklumkan pernikahan mereka berwalikan ayahanda pengantin perempuan.

“Kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.

“Kami memohon doa kalian semua… agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT,” jelas mereka dalam kenyataan itu.

Kenyataan itu disertakan bersama gambar pasangan pengantin baharu itu, yang diapit ayah dan ibu Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Shao Loong merupakan seorang Penyelidik Kanan di Institut Penyelidikan Khazanah, yang antara tumpuan bidangnya adalah dalam hal dasar industri, perubahan iklim dan teknologi masa depan.

Nurul Izzah yang dilantik sebagai Naib Presiden baharu PKR ialah anak kepada mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Majlis akad nikah berlangsung di kediaman keluarga itu di Bandar Sungai Long, Kajang.

Menurut sumber, pasangan itu menjalin hubungan cinta selama hampir dua tahun tetapi berjaya merahsiakannya dengan hanya beberapa rakan rapat dan ahli keluarga yang mengetahuinya.

Shao Loong, 46, ialah penyelidik bersekutu kanan di Institut Penyelidikan Khazanah.

Beliau pernah berkhidmat sebagai pengarah komunikasi strategik di Pejabat Menteri Besar Selangor semasa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerajui negeri itu.

Shao Loong juga pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif Institut Pemikir PKR yang diketuai Nurul Izzah.

Beliau pernah berkahwin dengan Pengarah Filem, Tan Chui Mui.

 

Nurul Izzah pernah mengahwini Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim pada tahun 2003, bagaimanapun pernikahan mereka berakhir pada 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

 

Baca :Tular video aksi ‘mesra’ DSV Dan Iqbal dah Sambung balik ke

Artikel ini disiarkan pada 06/08/2022

COMMENTS

Wordpress (0)