Panas !!! Azhar Azizan Harun terpaksa mengenepikan keputusan awal

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun terpaksa mengenepikan keputusan awal untuk mengehadkan jumlah ahli parlimen kepada 80 dalam sidang ucapan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) memulakan desakan itu dan mendapat sokongan daripada kedua-dua belah pihak, termasuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak), Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) dan Noh Omar (BN-Tanjung Karang).

Azhar sebelum itu berpendapat bahawa perkara itu sudah diputuskan oleh ketua Whip parti semalam.

Bagaimanapun, anggota parlimen terus memberi desakan kepadanya.

Akhirnya, speaker mengalah ketika Lim Guan Eng (PH-Bagan) mencadangkan agar usul dibentangkan untuk memutuskan sama ada membenarkan semua 221 anggota Parlimen masuk dalam dewan.

Sidang berhenti sebentar.

Belanjawan 2021 adalah RM322.54 bilion, meningkat 8.61 peratus dari tahun sebelumnya dan merupakan belanjawan terbesar pernah direkodkan.

Ini adalah belanjawan pengembangan di mana kerajaan mengurangkan sedikit perbelanjaan operasi sambil meningkatkan perbelanjaan pembangunan.

Memandangkan pendapatan untuk tahun ini dan tahun berikutnya diunjurkan berada di bawah tahap 2019, Malaysia harus menebus kekurangan dengan pinjaman besar.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/549710

Artikel ini disiarkan pada 06/11/2020

COMMENTS

Wordpress (0)