Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim kongsi 3 kartun kita kena ban anak tengok

Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim kongsi 3 kartun kita kena ban anak tengok

Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim kongsi 3 kartun kita kena ban anak tengok. Siri kartun di televisyen sememangnya buat anak mudah terleka.

Mana tidaknya, dengan jalan ceritanya yang santai, bersahaja dan kelakar itulah yang membuat anak kita mudah terhibur.

Namun dalam kita berhibur dan bersantai-santai itu ada mesej yang dibawakan beberapa siri kartun ini kurang sesuai untuk anak kita tonton.

Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim kongsi 3 kartun kita kena ban anak tengok

Inilah yang dikongsikan oleh Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim. Tiga siri popular ini ada baiknya kita elakkan untuk anak tonton.

Ini top 3 kartun kita kena banned anak tengok! Walaupun kartun ini famous tapi saya benci dengan jalan cerita dan mesej yang di bawa mereka.

1. Shin Chan

Cerita ini mengajar bercakap bahasa tak senonoh. “Feewit, hai gadis cantik” dan sebagainya. Tambahan pula si Shin Chan ni suka tunjuk private part seperti bontot dan penis seolah-olah ia okey, ish.. tak senonoh betul.

Paling tak suka bila suka merendah-rendahkan darjat wanita dan langsung tidak menghormati mereka. Dengan ibu sendiri pun dia panggil misae gemuk, buncit.

2. Hagemaru

Ini lagi satu, watak budak botak kecil ni sebenarnya mengajar anak kita untuk bercakap bohong, selfish, tak hormat orang tua, sesuka hati guna / ambil barang kepunyaan orang lain dan tiada adab.

Nampak je cerita ni di tayangkan cepat cepat saya sukar tukar channel. Memang kelakar, anak ketawa tengok tapi risau ‘mesej negatif’ yang meresap masuk ke dalam otak anak-anak.

3. Tom & Jerry

Apa kejadah cerita kartun untuk budak-budak tapi penuh dengan adegen agresif dan keganasan. Dari mula sampai akhir kerjayanya bergaduh, pukul memukul, bunuh membunuh.

Tak ada nilai murni yang di sampaikan melainkan jika kita tak suka seseorang, gaduh je! Haish.. jangan peliklah kalau adik beradik kat rumah tu asyik bercakaran macam anjing dan kucing je.

Pengaruh kartun dan animasi ni sebenarnya pengaruh besar dalam membentuk personaliti dan karakter anak-anak kita. Tapis baik-baik cerita yang di tonton dan pantau rapat-rapat konten yang anak lihat di TV dan Gajet.

Sebaiknya pilih lah kartun yang banyak bawa mesej murni, nilai-nilai terpuji, ajar tentang adab, hormat orang tua dan sopan dalam berkata-kata.

BACA JUGA:

Pelantikan Pengerusi Petronas menghebohkan netizen bila nama Ismail Sabri dikaitkan

Rusa kuning berbintik merah, tuan nekad buang gara-gara dengar bunyi seram setiap malam

Kening Erra Fazira seakan sama dengan Mek Dinda

Artikel ini disiarkan pada 09/12/2022

COMMENTS

Wordpress (0)