Patut la dah tak cantik..” – Netizen tegur Fathia Latiff

Patut la dah tak cantik..” – Netizen tegur Fathia Latiff
Penampilan pelakon drama Ariana Rose, iaitu Nur Fathia Abdul Latiff atau mesra disapa Fathia Latiff semakin jarang kelihatan di kaca televisyen.

Namun, baru-baru ini aktres berusia 34 tahun itu kembali menjadi tumpuan ramai apabila sudah berbaik dengan Zarina Anjoulie setelah sekian lama bermasam muka.

Selain itu baru-baru ini, menjengah ke akaun Instagram milik Fathia, dapat dilihat satu posting yang memaparkan dirinya disuntik pada bahagian muka di sebuah pusat rawatan kecantikan.

Menerusi video tersebut, kelihatan Fathia sedang melakukan rawatan bahagian dagu dengan teknik dicucuk mengunakan gel ke dalam kulit rahang sehingga mengundang teguran netizen.

 

Rata-rata mengecam tindakan pelakon tersebut yang disifatkan seakan-akan mengubah cipataan Allah SWT dengan menyatakan bahawa Islam tidak membenarkan melakukan perkara berkenaan.

Ada beza ke? Sama je

Nanti tiba2 keluar produk sendiri pula

‘Stop’ la cucuk sana sini!

Rata-rata mengecam tindakan pelakon tersebut

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)

Terdahulu, Fathia kembali mengenakan hijab selepas mengambil keputusan untuk membuka tudung sekitar tahun 2019.

Sumber: Instagram Fathia Latiff

Artikel ini disiarkan pada 13/02/2021

COMMENTS

Wordpress (0)