Pejuang berada di dalam dilema

PEJUANG berada di dalam dilema apabila diminta menyatakan pendirian terhadap Belanjawan
2021

Untuk menyokong Belanjawan tersebut, Ahli-Ahli Parlimen PEJUANG merasa mengabaikan
kepentingan awam kerana belanjawan itu rata-rata bersifat populis tanpa mengambil kira
kepentingan rakyat dan hala tuju ekonomi Negara.

Untuk tidak menyokong kami akan dituduh bermain politik ketika keadaan Negara terdesak
akibat daripada wabak Covid-19. Selain itu, jika kami mengambil pendirian tidak menyokong,
kami akan dituduh tidak taat kepada titah DYMM Yang di-Pertuan Agong.

Amatlah malang pihak Kerajaan kelihatannya tidak ikhlas terhadap sikap prihatin DYMM Yang
di-Pertuan Agong yang bimbang jika belanjawan tidak lulus maka Negara akan menghadapi
masalah kecairan untuk mentadbir.

Sebaliknya, apa yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan ialah mengguna titah DYMM Yang
di-Pertuan Agong sebagai satu “blank cheque” untuk memasukkan beberapa aspek ke dalam
belanjawan itu yang menjurus kepada keuntungan politik dan mengenepikan kepentingan
awam.

Peruntukan yang begitu besar kepada agensi propaganda JASA salah satu simptom yang jelas
meletakkan kepentingan politik mengatasi kepentingan rakyat.

Kerana itu, kami melihat belanjawan yang dibentang itu sebagai tidak menghayati semangat
titah DYMM Yang di-Pertuan Agong yang meletakkan kepentingan rakyat mengatasi
kepentingan politik.

Kami berharap aspek-aspek belanjawan yang digusarkan dan ditimbulkan oleh rakyat, pakarpakar ekonomi, pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja, penganalisa-penganalisa, pemimpinpemimpin badan bukan Kerajaan, ahli-ahli akademik dan anggota-anggota masyarakat yang
lain akan dapat dinilai, diperbetul dan jika perlu dibatalkan.

Jika ini dapat dilakukan, maka kami bersedia memberikan sokongan kepada Belanjawan 2021.
Sekian,

YB TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Ahli Parlimen Langkawi
YB DATO’ SERI MUKHRIZ BIN TUN MAHATHIR, Ahli Parlimen Jerlun
YB DATO’ WIRA AMIRUDDIN BIN HAMZAH, Ahli Parlimen Kubang Pasu
YB DATUK SHAHRUDDIN BIN MD SALLEH, Ahli Parlimen Sri Gading

Artikel ini disiarkan pada 09/11/2020

COMMENTS

Wordpress (0)