Pelakon drama Gerak Khas Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif akhirnya bersara rupanya memang anggota polis

Pelakon drama Gerak Khas Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif akhirnya bersara rupanya memang anggota polis

Pelakon drama Gerak Khas Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif akhirnya bersara. Pelakon yang popular menerusi drama Gerak Khas Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif akhirnya bersara pada 1 Ogos lalu.

Menurut laporan mStar Online, Senior Asisten Komisioner (SAC) di Ketua Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur itu mahu menyertai aktiviti kebajikan bersama badan bukan kerajaan (NGO) selepas bersara.

Sekiranya ada peluang saya akan teruskan kerjaya lakonan mahupun membuka rumah produksi sendiri. Mungkin juga saya akan menceburi bidang korporat,” katanya yang berusia 60 tahun.

Berkongsi pengalaman membabitkan diri dalam bidang lakonan, beliau bermula sebagai model iklan komersial sebelum menjayakan lakonan sulung dalam filem terbitan Skop Production Sdn Bhd.

Shaharon Anuar berkata, beliau mendapat kebenaran bersyarat untuk menjalani penggambaran selepas bertugas selain perlu membawa watak yang menjaga imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Saya berlakon selepas waktu pejabat atau hujung minggu dan cuti umum. Terlibat dalam bidang ini saya perlu melupakan waktu rehat atau masa untuk dihabiskan bersama keluarga kerana perlu berada di set penggambaran.

“Melakonkan watak pegawai polis bukan satu membebankan kerana saya sendiri seorang anggota polis. Saya anggap perkara itu biasa dan sama seperti tugasan harian.

“Produksi akan kumpul semua babak melibatkan saya dalam masa satu hari. Dianggarkan 15 atau 20 babak satu hari penggambaran bermula pukul 9 pagi dan tamat pada 12 tengah malam atau 2 pagi,” ujarnya.

Bercerita tentang kerjaya dipikul selama ini, anak sulung daripada lima orang adik beradik itu pada awalnya terpaksa menolak ke universiti selepas selesai peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Ini kerana beliau perlu menyara keluarga dan pernah melakukan pelbagai kerja seperti buruh, pengawal keselamatan, penyelia projek syarikat pembinaan dan pegawai kerani sebelum memohon jawatan Inspektor Percubaan.

baca:

Kak Long 7E Muncul Dalam Video terbaru Aliff Syukri

Artikel ini disiarkan pada 07/08/2022

COMMENTS

Wordpress (0)