Pemuda Amanah terima usul kaji semula pelantikan Pengerusi PH Baling

Mesyuarat Tahunan Pemuda Amanah Baling, menerima usul bagi mengkaji semula perlantikan Pengerusi Pakatan Harapan Kawasan Baling.

Usul yang dibawa oleh Pemuda Carok Bemban tersebut di terima sebulat suara. Menurut Sdr Mohd Hanif B. Zakaria, selaku Naib Ketua Pemuda Amanah Baling, “usul tersebut diterima tanpa bahas dan disokong oleh semua perwakilan yang hadir”

Menurutnya lagi “Perlantikan Pengerusi Pakatan Harapan Kawasan Baling tidak menepati suara akar umbi parti”

“Namun kita tetap teguh mendokong kerjasama diantara parti di dalam Pakatan Harapan dan pemuda beikrar akan bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan Pakatan Harapan Baling dapat mencapai kemenangan pada PRU 15” ujarnya penuh bersemangat.

Majlis Perasmian Mesyuarat Tahunan tersebut disempurnakan oleh Sdr Mohd Ridzwan Arshad, Ketua Pemuda Amanah Negeri Kedah. Beliau juga menyampaikan Anugerah Tokoh Aktivis Parti kepada Tn Hj Abdullah Bin Abu Bakar 77, dan En Abd Halim Bin Shafie 83.

Pada majlis tersebut juga Sdr Khairizal Ghazali , Timbalan Ketua Pemuda Amanah Negeri merangkap Timbalan Pengarah ARiF Kedah menyarungkan Vest Keselamatan kepada Sdr Sufi Bin Ariffin Selaku Ketua ARiF Kawasan Baling.

Sumber berita:

Artikel ini disiarkan pada 22/10/2020

COMMENTS

Wordpress (0)