Pemuda Islam dapat pujian Paderi walaupun terpaksa berkorban nyawa sendiri

Pemuda Islam dapat pujian Paderi walaupun terpaksa berkorban nyawa sendiri

Pemuda Islam dapat pujian Paderi walaupun terpaksa berkorban nyawa sendiri.Apa yang dilakukan pemuda Islam di gereja ini mendapat pujian Paderi walaupun terpaksa berkorban nyawa sendiri. Seorang pemuda Islam Mesir menyelamatkan lima kanak-kanak daripada kebakaran di gereja Abu Sefein di bandar Giza pada Ahad lalu yang mengorbankan 41 orang dan 14 cedera.

Saya segera masuk ke dalam gereja untuk menyelamatkan orang… dan saya menemui banyak kebakaran dan asap,” kata Muhammad Yahya, yang tinggal bersebelahan dan cedera semasa usaha menyelamat itu.

Katanya, beliau bergegas ke gereja kerana mendengar jeritan dari dalam bangunan.

Ketumpatan asap menghalang pernafasan dan penglihatan Yahya, namun beliau terus menanggalkan dan membasahkan bajunya dengan air bagi menutupi hidung untuk menghalang asap.

Beliau cuba menyelamatkan seorang lelaki tua dengan memikulnya di belakang, tetapi tergelincir kerana banyak air digunakan untuk memadamkan api dan mereka berdua jatuh ke tanah.

Yahya patah kaki semasa jatuh dan dibawa ke hospital.

Beliau dikunjungi paderi untuk memeriksa keadaan kesihatannya, sekaligus mengucapkan terima kasih atas keberaniannya.

Baca :Rakus ! Pemain bola cerita dia pernah melakukan seks dengan 10,000 orang wanita.

Artikel ini disiarkan pada 21/08/2022

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Baca :Pemuda Islam dapat pujian Paderi walaupun terpaksa berkorban nyawa sendiri […]

  • […] Baca :Pemuda Islam dapat pujian Paderi walaupun terpaksa berkorban nyawa sendiri […]