Pemuda pernah Tular kerana Rela Lepaskan Kekasih Setelah Diminta Sediakan Hantaran RM30k

Pemuda pernah Tular kerana Rela Lepaskan Kekasih Setelah Diminta Sediakan Hantaran RM30k

Pemuda pernah Tular kerana Rela Lepaskan Kekasih Setelah Diminta Sediakan Hantaran RM30k.Sedar tidak mampu menyediakan nilai hantaran seperti yang diminta, seorang pemuda terpaksa berko.rban kebahagiaan apabila mengambil keputusan untuk berpisah dengan kekasihnya.

Menerusi perkongsian video di platform TikTok baru-baru ini, Ahmad Syahriman mengakui dia hanya memiliki pendapatan yang sederhana dan tidak mampu menanggung permintaan RM30,000 daripada ibu bekas kekasihnya itu.

“Berk0rban demi kebahagiaan”

mr_syahriman
Berk0rban demi kebahagiaan. #tiktokmalaysia #fyp #tiktok #fypppppppppppppp

“Ibu awak minta hantaran RM30,000.. tapi saya hanya seorang kuli. Dengan itu, saya terpaksa lepaskan awak. Semoga awak dipertemukan jodoh yang baik-baik,” tulis pemuda berusia 26 tahun itu.

Rakaman video berdurasi 17 saat itu memaparkan Syahriman yang dipercayai bekerja sebagai pegawai pemeriksa kesihatan sedang melakukan tugasan rondaan selain berkongsi foto bersama ibu tersayang.

Posting tersebut menerima hampir 40,000 tanda suka serta 2,709 komen netizen dimana rata-rata terkejut mengenai permintaan RM30,000 itu yang disifatkan sangat tinggi dinilainya untuk ditunaikan oleh kebanyakan bakal suami.

Selain itu, ada juga segelintir individu mendoakan pemuda berasal dari Kelantan itu agar dipertemukan jodoh dan bakal menantu yang sebaiknya tanpa memandang soal wang ringgit.

https://www.tiktok.com/@mr_syahriman?_t=8Vcg4q2QntR&_r=1

Baca :Misteri air warna merah di Sungai Rambai akhirnya terbongkar 

Misteri stesen minyak Caltex, netizen dedah walau 6 tahun tutup terbongkar, ramai dah terkena

Artikel ini disiarkan pada 12/09/2022

COMMENTS

Wordpress (0)