Pemuda tengah sedap Layan “Live” bola di telefon sekali lain yang dia nampak

Pemuda tengah sedap Layan “Live” bola di telefon sekali lain yang dia nampak.Dikhianati oleh orang-orang yang kita sayang dan cinta merupakan satu hal yang sangat menyedihkan dan memeritkan. Lebih-lebih lagi jika kita telah berusaha sebaik mungkin berlaku setia dan jujur dengan pasangan.

Begitulah kisah luahan yang dikongsikan oleh seorang pemuda di mana kekasih hatinya curang di depan matanya dalam sebuah rakaman siaran langsung perlawanan bola sepak.

Video yang pada awalnya di kongsikan oleh Persik dan Vidiocom, seterusnya dimuat naik semula oleh pemuda tersebut menerusia laman TikTok miliknya memaparkan susuk seorang wanita yang sedang duduk di atas riba seorang lelaki lain.

Meraih jumlah tontonan lebih 7.6 juta di TikTok, siarang langsung perlawanan bola sepak di antara pasukan Persik Kendiri dan Bhayangkara FC tular gara-gara seorang lelaki mendakwa dia melihat teman wanitanya bersama lelaki lain di stadium tersebut.

Jiwa pemuda ini bagai direntap-rentap apabila melihat teman wanitanya duduk di atas riba lelaki lain sambil bermesra-mesraan. Setelah itu, pemuda ini membuat keputusan memuat naik video tersebut di laman Facebook miliknya dengan ucapan ‘terima kasih’ kepada beberapa halaman Facebook lain yang merakam aksi tersebut.

Difahamkan, teman wanitanya itu meminta izin keluar untuk tujuan menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pihak universiti.

“Terima kasih Persik dan Vidiocom. Disebabkan perlawanan tadi, saya tahu bahawa teman wanita saya pergi menonton perlawanan tersebut bersama lelaki lain yang tidak saya kenali. Bagi alasan ada tugasan dari universiti, mereka berdua tertangkap pada minit ke 70, terima kasih,” tulisnya.

Baca :Lizzy ingin hamil, jawapan suaminya mengejutkan

Artikel ini disiarkan pada 04/08/2022

COMMENTS

Wordpress (0)