Penceramah bebas ditahan bantu siasatan kes amang seksual fizikal

Penceramah bebas ditahan bantu siasatan kes amang seksual fizikal

Kuala Terengganu: Seorang penceramah bebas ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan yang juga anak rakannya di sebuah rumah bot di Hulu Terengganu, semalam.

Lelaki berusia 61 tahun ditahan di Balai Polis Ajil, Hulu Terengganu ketika hadir memberi keterangan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Suffian Sulaiman berkata, kejadian dipercayai berlaku Mac lalu ketika mangsa berusia lima tahun mengikuti keluarganya yang menyertai program diadakan suspek di rumah bot berkenaan.

Beliau berkata, suspek didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.

“Ketika kejadian, mangsa hanya ditemani ayah dan neneknya sementara ibu mangsa tidak mengikuti program berkenaan.

“Difahamkan, mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebaik pulang daripada program berkenaan sebelum satu laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut.

“Suspek kini direman selama dua hari sehingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Baca :

Kenapa Status ‘Permohonan Anda Telah Diterima’ KWSP Belum Bertukar LULUS?

Artikel ini disiarkan pada 19/04/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Penceramah bebas ditahan bantu siasatan kes amang seksual fizikal […]