Pendedahan terbaru Tuan Ibrahim di Konvensyen PN amat mengejutkan semua

Pendedahan terbaru Tuan Ibrahim di Konvensyen PN  amat mengejutkan semua

Pendedahan terbaru Tuan Ibrahim amat mengejutkan.Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendedahkan Barisan Nasional (BN) dan partinya sebelum ini telah membuat keputusan untuk mengekalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu dikongsikannya semasa berucap dalam sesi perbahasan sempena Konvensyen PN 2022 dan sambutan Ulang Tahun PN Kedua di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini pada Sabtu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, perkara itu merupakan keputusan yang dibuat oleh BN dan Pas.

“Pada waktu itu BN bersama dengan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) membuat keputusan mengekalkan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri selepas PRU15.

Ini keputusannya,” katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, keputusan yang dibuat BN pada masa itu juga bermakna mereka menerima kepimpinan Ahli Parlimen Pagoh itu.

“Bermakna bahawa sebenarnya mereka juga menerima kepimpinan Tan Sri Muhyiddin,” katanya.

Pada Ogos tahun lalu, Muhyiddin telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan selepas hilang majoriti sokongan ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.

Baca :‘Karipap Ustaz Kazim’ Terbongkar siapa pemiliknya

Artikel ini disiarkan pada 27/08/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca:Pendedahan terbaru Tuan Ibrahim di Konvensyen PN amat mengejutkan semua […]