Pengguna Google Maps jumpa ‘manusia halimunan’

Pengguna Google Maps jumpa ‘manusia halimunan’

Pengguna Google Maps jumpa ‘manusia halimunan’. Beberapa pengguna aplikasi peta, Google Maps dilaporkan melihat imej aneh yang kelihatan seperti seorang manusia memakai sut perlindungan diri tetapi semua anggota badannya termasuk kepala kelihatan halimunan, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Imej digelar ‘manusia halimunan’ itu dilihat berdiri di tengah jalan dan dikesan menggunakan peta Google di kawasan Limbungan Tentera Laut Brooklyn, Bandar Raya New York.

Gambar itu dirakam pada Mei 2021, namun baru sahaja dikesan oleh pengguna-pengguna Google Maps baru-baru ini.

Beberapa imej lain menunjukkan manusia tanpa kepala itu kelihatan seronok menari dan bermain di sekitar kawasan tersebut.

Tiada petunjuk mengenai bagaimana perkara itu boleh berlaku atau identiti individu misteri tersebut, namun satu imej lain memaparkan dia sedang bersandar pada pokok walaupun tangan dan kakinya tidak kelihatan.

Setelah dia hilang dari kawasan itu, seekor camar pula dirakam betul-betul di hadapan kereta Google Maps yang sedang melakukan operasi pemetaan, namun apabila kamera mendekati kawasan itu, imejnya mulai kabur.

Imej-imej itu dimuat naik di laman perkongsian Reddit dengan netizen menggelarnya sebagai watak Hollow Man versi Covid-19.

BACA:

Kerusi plastik dijual hampir RM3,000 ini sebabnya

Surat cinta ditemukan selepas 56 tahun, isinya menakjubkan

DJ cerai isteri talak 3 ketika siaran langsung FB

Artikel ini disiarkan pada 16/04/2022

COMMENTS

Wordpress (0)