Pengusaha taman team air yang sangat degil, diambil tindakan selepas beberapa kali melanggar notis

Pengusaha taman team air yang sangat degil, diambil tindakan selepas beberapa kali melanggar notis

Pengusaha taman team air yang sangat degil, diambil tindakan selepas beberapa kali melanggar notis. Sebuah taman tema air di Bertam, yang dibuka kepada orang ramai pada pertengahan bulan ini, diarah tutup kerana beroperasi tanpa lesen.

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengeluarkan arahan itu menerusi notis hari ini.

Jurucakap MBSP, dalam satu kenyataan, berkata jabatan pelesenan majlis itu mula menjalankan pemeriksaan ke atas taman tema air itu sejak 16 Dis.

“Semakan menunjukkan pengusaha premis itu melakukan kesalahan kerana beroperasi tanpa lesen daripada MBSP.

“Tawaran kompaun serta notis supaya premis itu menghentikan operasinya dalam tempoh tujuh hari telah dikeluarkan terhadap pengendali taman tema air itu,” kata jurucakap itu sambil menambah tawaran kompaun dan notis penutupan itu diterima oleh seorang wakil pengusaha taman tema.

Enam hari kemudian, pihak majlis menjalankan satu lagi pemeriksaan dan mendapati premis itu masih beroperasi tanpa lesen hiburan untuk aktiviti taman tema air.

“Satu notis telah dikeluarkan terhadap pengusaha premis untuk menghentikan sebarang bentuk aktiviti taman tema air dalam tempoh tiga hari di bawah Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan 1998,” kata jurucakap itu.

Jurucakap itu mendakwa pengusaha taman tema air itu mengingkari arahan yang dikeluarkan MBSP apabila semakan yang dijalankan pada 4.30 petang semalam menunjukkan premis itu masih beroperasi.

“Majlis bandar raya meneruskan tindakan menghentikan operasi taman tema air itu pada 9.30 pagi hari ini (28 Dis),” kata jurucakap itu.

Sebuah klip tular di beberapa platform media sosial mengenai penutupan taman tema air itu.

Klip itu juga menunjukkan beberapa orang yang datang bersama keluarga mereka ingin menghabiskan cuti sekolah di taman tema itu kecewa apabila mendapati premis itu ditutup.

Beberapa pengguna media sosial menyokong tindakan pihak berkuasa tempatan itu kerana bimbangkan keselamatan pengunjung yang datang ke taman tema itu.

BACA JUGA:

Lagi jenayah kolar putih dan profil tinggi berkait ahli perniagaan Malaysia

Permaisuri Johor sedih, kanak-kanak empat tahun mati didera

Tentera Serbia dalam keadaan siap siaga penuh untuk bertempur pada bila-bila masa

Artikel ini disiarkan pada 29/12/2022

COMMENTS

Wordpress (0)