Penyokong Thailand dan Indonesia menyebelahi Malaysia ‘Serang’ Vietnam

Penyokong Thailand dan Indonesia menyebelahi Malaysia ‘Serang’ Vietnam

Penyokong Thailand dan Indonesia menyebelahi Malaysia ‘Serang’ Vietnam. Thailand dan Indonesia akan bertembung untuk aksi Kumpulan A petang ini, namun penyokong mereka dilihat bersama Malaysia ‘menyerang’ Vietnam.

Ia berikutan insiden melibatkan dua pertahanan – Malaysia dan Vietnam dalam aksi kedua-dua pasukan pada Selasa. Doan Van Hau dan Azam Azmi Murad terlibat dalam insiden yang menyaksikan layangan kad merah telah diberi kepada bek kanan Malaysia itu. Van Hau terlepas daripada hukuman.

Ia mendapat liputan meluas disebabkan keputusan pengadil yang dilihat meragukan, namun yang menariknya, penyokong Thailand dan Indonesia berada di belakang Malaysia. Malaysia dan Indonesia tidak pernah sebulu!

Tetapi, nampaknya segalanya diketepikan. Permusuhan antara Malaysia dan Indonesia seolah-olah lenyap buat sementara disebabkan Van Hau.

Malah, penyokong Indonesia dan Thailand bersama-sama mengkritik Van Hau dan pengadil atas keputusan meragukan dalam perlawanan tersebut sedangkan mereka harus fokus kepada pertembungan mereka petang ini.

Sejak perlawanan berakhir, penyokong Indonesia dilihat agresif menyerang Van Hau yang dikatakan pernah ‘merobek’ perasaan mereka juga. Ia berlaku pada final Sukan SEA 2019 di mana bek kiri, Van Hau itu memijak kaki sang arkitek, Evan Dimas sehingga terpaksa diusung keluar seawal 21 minit.

Ini menyaksikan permainan ‘Sang Garuda’ tidak menjadi dan mereka tewas 0-3 di perlawanan tersebut dan terlepas pingat Emas yang mereka idamkan.

Dalam ciapan di Twitter penyokong dari Indonesia, GARAGARABOLA, mereka menitipkan, “Bermula malam ini, Doan Van Hau akan menjadi musuh penyokong bola sepak Malaysia. Penyokong di Indonesia juga pernah marahkannya. Final Sukan SEA 2019, terjahan keras oleh Van Hau menyebabkan Evan Dimas tidak boleh lagi melanjutkan permainan!”

Malah ada penyokong di Indonesia yang mengaitkan kegagalannya untuk kekal beraksi di Eropah disebabkan gaya permainan yang ‘kotor’ sebegitu.

Beliau pernah beraksi secara pinjaman di Eredivisie di SC Heerenveen selama setahun pada tahun 2019 dan hanya tampil sekali bermain.

Malah, portal bola sepak Indonesia, Bola.net turut mengeluarkan artikel bertajuk, ‘Doan Van Hau kini jadi musuh bersama Indonesia dan Malaysia‘.

Pemain berusia 23 tahun itu diketahui sangat agresif permainannya dan suka mengumpan emosi pemain lawan menerusi terjahan kerasnya.

Waima Azam tidak termakan langsung dengan provokasi agresif Van Hau, tetapi situasi di minit ke-62, dikatakan beliau ada menyepaknya. Sedangkan tiada apa-apa yang berlaku dan dapat dilihat menerusi sebuah rakaman amatur di tepi padang – betul-betul di lokasi kedua-dua pemain terjatuh.

Penyokong Thailand juga turut tumpang merancakkan ‘serangan’ Malaysia dan Indonesia terhadap Vietnam. Antara komen yang menarik adalah, “Bagi sahaja kejuaraan kepada Vietnam. Itu sudah cukup. Pemain Thailand juga akan menderita nanti. Ia juga sukar buat pasukan lain jika begini.”

Ada juga secara sinis berkata, “Walaupun pengadil itu dari Jepun, tetapi mungkin hatinya milik Vietnam.” Pembaca boleh ikuti petikan komen-komen penyokong ‘Gajah Perang’ yang lain di artikel di sebuah portal dari Vietnam, The Thao 247, ‘Penyokong Thai: Bagi sahaja kejuaraan itu kepada Vietnam‘.

Kesatuan antara Malaysia-Thailand-Indonesia ini dilihat sangat menarik dek kerana mereka memilih musuh yang sama iaitu jagoan Asean, Vietnam.

Malah, ia dilihat tidak seiring dengan pertembungan untuk menentukan pendahulu Kumpulan A antara Thailand dan Indonesia pada petang ini.

BACA JUGA:

Kehadiran mengejut Agong dan keluarga, “Spotcek sikit KFC tu kadang-kadang size ayamnya…”, usik netizen

Berlaku kekosongan ‘luar jangka’ membabitkan 4 kerusi Parlimen Sabah

Whatsapp tidak berfungsi lagi mulai 1 Januari

Artikel ini disiarkan pada 30/12/2022

COMMENTS

Wordpress (3)
  • […] Penyokong Thailand dan Indonesia menyebelahi Malaysia ‘Serang’ Vietnam […]

  • Weifsheks 1 week

    clomid for testosterone methotrexate para que infecciones sirve la ciprofloxacina The Canadian government said the shares were sold at theclosing market price on Tuesday, minus a small discount

  • Weifsheks 3 days

    What is Care Oncology buying cialis online safely 2001; Hamers et al