Peranan NGO ABIM mendidik rakyat ke arah negara intelektual tetap subur, ikuti cerita mereka

Peranan NGO ABIM mendidik rakyat ke arah negara intelektual tetap subur, ikuti cerita mereka

Peranan NGO ABIM mendidik rakyat ke arah negara intelektual tetap subur, ikuti cerita mereka.

Koleksi penulisan anak-anak muda mengenai perjuangan Dato Seri Anwar Ibrahim sejak usia muda Perdana Menteri itu menerusi buku, Anwar Ibrahim: Semangat Darah Muda terbitan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Press dilancarkan semula, hari ini.

Ahli parlimen Hang Tuah Jaya Adam Adli berkata pelancaran semula buku itu tepat pada masanya dalam situasi masyarakat kini berhadapan cabaran gelombang politik dengan konservatisme sempit sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Peranan NGO ABIM mendidik rakyat ke arah negara intelektual tetap subur, ikuti cerita mereka

“Saya harap penerbitan buku, Anwar Ibrahim Semanga Darah Muda dan buku Wilayah Matrikulasi yang menghimpunkan pengalaman anak-anak muda ini boleh memberi pencerahan kepada masyarakat.

Ia menceritakan pengalaman bagaimana mereka (penulis) mengenali Anwar dari usia muda sehingga beliau diangkat sebagai tokoh.

“Karya-karya dalam himpunan inj dihasilkan secara kesedaran kolektif masyarakat, yang mengangkat tokoh mereka sebagai model, maka bagi saya tiada isu.

Terbitnya buku ini pada hari ini, biarlah sampai ke generasi akan datang,” katanya pada majlis pelancaran Wilayah Matrikulasi dan buku Anwar Ibrahim: Semangat Darah Muda di Dewan Sekretariat ABIM, Gombak hari ini.

Sementara itu, penyuntingnya Zairudin Hashim berkata buku yang melibatkan 22 penulis dari pelbagai latar belakang itu tidak berkonsepkan biografi tetapi merupakan himpunan karya penulisan anak-anak muda yang ditulis secara santai tanpa sebarang bentuk naratif politik.

“Kami sudah terbitkan buku ini (Anwar Ibrahim: Semangat Darah Muda) pada tahun 2019, namun atas faktor permintaan tinggi kami lancarkan semula dengan mencetak 1,000 naskah baru-baru ini. Sejak 2019, buku ini sudah dijual kira-kira 10,000 naskah.

“Buku ini bukan dari kaca mata mana-mana ahli politik atau parti, sebaliknya bagaimana mereka (penulis) tahu dan kenali Anwar Ibrahim.

Karya ini adalah supaya masyarkat tahu sosok Anwar Ibrahim bukan hanya sebagai Ketua Pembangkang. Bukan untuk paksa sokong beliau, tetapi agar generasi muda 90an ini faham serta tahu perjuangan yang dibawa”, katanya.

Anwar Ibrahim merupakan presiden ABIM pada tahun 1974 hingga 1984.

BACA JUGA:

Terbaik betul Nabil dan Meletop, yang belum tahu Mechamato Malaysia, kena tengok

Johan Pertandingan Mencipta Video Nasihat Tiktok, anak jati Sabah ini kongsi perasaan dan pengalaman beliau

Projek sakit di Kementerian Komunikasi akan ditangani sebaiknya oleh Kerajaan Perpaduan, tegas Fahmi

Artikel ini disiarkan pada 09/12/2022

COMMENTS

Wordpress (0)