Pereka Fesyen Beri Dalil Separuh Bogel Pakai Songkok

Pereka Fesyen Beri Dalil Separuh Bogel Pakai Songkok

Pereka Fesyen Beri Dalil Separuh Bogel Pakai Songkok.Selepas kemunculan seorang jemputan di Kedah Fashion Week 2022 yang berpakaian separuh bogel, tular pula di media sosial tindakan seorang pereka fesyen tempatan lelaki yang memakai songkok dengan pakaian separuh bogel.

Bukan itu sahaja, pereka fesyen tersebut juga menggayakan fesyen songkok di pentas peragaan dengan memakai songkok, kemeja lengan panjang dan samping, tanpa baju dan seluar panjang

Susulan dari teguran orang ramai terhadap pilihan fesyennya, pereka fesyen Behati, Khai Kel Wen tampil memberikan ‘dalil’nya melalui laman Instagram untuk mendidik masyarakat awam.

https://www.instagram.com/p/ChZkEYRvW0U/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

“Songkok ialah aksesori kepala budaya formal, bukan sepenuhnya penutup kepala agama yang hanya dipakai untuk solat orang Islam. Saya tak pakai songkok denga seluar dalam yang seksi atau mendedahkan mana-mana bahagian sensitif badan saya yang boleh tunjukkan kebogelan (nudity).”

Tegasnya, dia sebenarnya memakai seluar pendek di bawah sampingnya. Perkara ini tidak pernah menjadi masalah pada zaman dahulu kerana askar Melayu yang berkhidmat dengan Rejimen Askar Melayu Diraja di Singapura juga memakai fesyen yang sama.

“Saya memakai seluar pendek di bawah samping saya, songkok dengan seluar pendek tidak pernah menjadi isu pada tahun 1941, pernah dipakai oleh lelaki Melayu Rejimen Askar Melayu Diraja di Singapura.”

Ujarnya lagi, oleh itu, orang ramai terutama pengguna media sosial perlu menyelidik terlebih dahulu tentang fesyen dan berjaga-jaga dalam setiap pertuturan dan kata-kata.

“Ini untuk haters yang tidak membuat kajian mereka. Kamu tidak perlu menerimanya sekarang hanya kerana stail ini belum lagi menjadi kelaziman bagi lelaki tempatan.”

Baca :Air mata Mizz Nina buat netizen tersentuh

Artikel ini disiarkan pada 25/08/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca :Pereka Fesyen Beri Dalil Separuh Bogel Pakai Songkok […]