Pernah tular aksi unjuk rasa, perjuangan doktor kontrak kini berjaya menuju meja Menteri

Pernah tular aksi unjuk rasa, perjuangan doktor kontrak kini berjaya menuju meja Menteri

Pernah tular aksi unjuk rasa, perjuangan doktor kontrak kini berjaya menuju meja Menteri. Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa akan mengadakan perjumpaan tertutup bersama doktor kontrak bagi membincangkan isu berbangkit dan beberapa tuntutan lain kepada kerajaan.

Walaupun ketetapan hari belum dimuktamadkan, namun jurucakap hartal doktor kontrak, Dr Muhammad Yassin sudah dihubungi setiausaha politik kepada menteri kesihatan, Napsiah Khamis Maharan, bagi tujuan itu.

“Setiausaha politik ada hubungi saya nak buat perjumpaan, tetapi masanya belum diketahui lagi. Mungkin pada minggu depan.

“Semasa dihubungi, beliau (Napsiah) tanyalah apa yang berlaku antara kami dan menteri kesihatan terdahulu, Khairy Jamaluddin kerana sebelum ini kami telah berjumpa beliau dua kali. Jadi, nak tahu apa maklumat diperoleh semasa perjumpaan sebelum ini.

“Jangkaan perjumpaan nanti kita akan melihat isu-isu doktor kontrak seperti perjawatan tetap, Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan dan pelan jangka panjang Kementerian Kesihatan,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Sebahagian dalam kalangan doktor kontrak berdepan masalah dilantik ke jawatan tetap sejak sekian lama, yang menjurus kepada mogok besar-besaran di seluruh negara, pada Jul 2021, bagi menuntut hak sama seperti pegawai perubatan lantikan tetap.

Minggu lalu, laporan itu menyebut, kerajaan perpaduan diterajui Perdana Menteri Anwar Ibrahim harus memastikan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan Negara ditubuhkan dalam tempoh lima tahun pentadbirannya.

Hal ini selaras dengan tawaran Pakatan Harapan (PH) pada PRU15 berhubung reformasi kesihatan demi menangani masalah dihadapi doktor perubatan yang masih berstatus kontrak.

Pada Ogos lalu, Khairy mempertimbang cadangan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan melalui dokumen Kertas Putih Kesihatan, bagi membolehkan pengurusan lebih terancang khusus untuk meningkatkan jumlah perjawatan serta elaun pekerja di kementerian itu.

Bagaimanapun, rancangan tersebut dijangka tidak dapat diteruskan memandangkan bekas Ahli Parlimen Rembau itu tewas dalam PRU15 dan tidak lagi berpeluang memegang sebarang jawatan dalam Jemaah Menteri.

Jemaah Menteri dalam pentadbiran kerajaan terdahulu, ada menawarkan penambahbaikan faedah pegawai perubatan kontrak seperti kesetaraan kerjaya pegawai tetap dan ditawarkan cuti belajar bergaji penuh, tajaan pengajian setara dengan cuti belajar bergaji penuh dan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP).

BACA JUGA:

Lahirul percaya menerusi kerjasama PH dan GRS-BN dapat mengukuhkan lagi kestabilan kerajaan dan politik di Sabah

Wanita bergelar isteri, jangan naif jika tidak mahu terjebak skim penipuan sepanjang hayat!

MOTAC atau Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, ke mana halatuju selepas kabinet Kerajaan Perpaduan diumum

Artikel ini disiarkan pada 16/12/2022

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Pernah tular aksi unjuk rasa, perjuangan doktor kontrak kini berjaya menuju meja Menteri […]

  • […] Pernah tular aksi unjuk rasa, perjuangan doktor kontrak kini berjaya menuju meja Menteri […]