Proton Saga Berusia 33 Tahun Ini, Pemuda Kongsi Kisah Di Sebaliknya

Proton Saga Berusia 33 Tahun Ini, Pemuda Kongsi Kisah Di Sebaliknya

Proton Saga Berusia 33 Tahun Ini, Pemuda Kongsi Kisah Di Sebaliknya.

Bulan kebangsaan yang disambut pada tahun ini dengan penuh semangat yang sangat luar biasa sekali. Kita dapat lihat orang ramai berkongsi pelbagai video menarik di media sosial, termasuklah seorang pemuda bersama sebuah Proton Saga ‘legend‘ mencuri perhatian warganet.

Pemuda di sebalik akaun TikTok @mfasyraf74, Muhammad Faris Asyraf berkongsi kepada mStar kisah di sebalik video kereta Proton Saga yang mencapai tontonan sehingga 1.4 juta kali di TikTok.

Menurut Asyraf, dia merupakan generasi ketiga yang mewarisi kereta tersebut, yang asalnya dimiliki oleh datuknya.

“Datuk saya seorang cikgu dulu. Zaman dulu memang datuk struggle. Dia tak pernah beli kereta baru, hanya pakai kereta second-hand.

“Pada tahun 1989, datuk buat tempahan beli Proton Saga ini. Booking setahun. Dia gembira sangat sebab ini kereta baru pertama dia.

“Kereta inilah yang hantar ayah dan adik beradik ke sekolah dan asrama. Memang kereta ini banyak berjasa. Daripada datuk, ia diperturunkan kepada ayah, kemudian adik-beradik ayah,” terang Faris kepada portal tempatan itu.

Pada ruangan komen video yang menerima 1.4 juta tontonan itu, orang ramai meluahkan rasa kagum kerana kereta ‘legend‘ itu kelihatan seperti kereta baharu keluar dari kilang.

 

NoBaca :Padu beb !!! Haqiem Stopa kene ‘sekolah’ dengan spark

Artikel ini disiarkan pada 05/09/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca :Proton Saga Berusia 33 Tahun Ini, Pemuda Kongsi Kisah Di Sebaliknya […]