Punca utama kapal Affinity V tersekat di Terusan Suez

Punca utama kapal Affinity V tersekat di Terusan Suez

Punca utama kapal Affinity V tersekat di Terusan Suez. Sebuah kapal tangki minyak tersangkut di Terusan Suez untuk seketika semalam, kata beberapa pegawai sekali gus meningkatkan kebimbangan peristiwa kapal kargo MV Ever Given terkandas di laluan maritim global itu pada tahun lalu boleh berulang.

Kapal Affinity V terkandas di Terusan Suez pukul 7.15 malam (waktu tempatan), kata sumber keselamatan kepada agensi berita AFP, sambil menambah, trafik maritim bagaimanapun dapat dipulihkan selepas ‘tempoh masa yang singkat’.

Insiden itu berpunca daripada kerosakan teknikal pada kemudi yang mengakibatkan Affinity V hilang kawalan, demikian menurut Pihak Berkuasa Terusan Suez (SCA). Menurutnya, kapal tangki seberat 64,000 tan itu berjaya diapungkan semula.

Punca utama kapal Affinity V tersekat di Terusan Suez

SCA berkata, pihaknya telah menggerakkan lebih lima kenderaan penunda untuk operasi itu.

Menurut laman web Vessel Finder, kapal tangki mengibarkan bendera Singapura dan sepanjang 250 meter itu menuju ke Pelabuhan Yanbu di Arab Saudi.

Terusan Suez yang merupakan laluan perkapalan penting antara Asia dan Eropah, menyaksikan kira-kira 10 peratus daripada perdagangan maritim dunia.

Pada Tahun lepas, kapal tangki super, Ever Given terkandas ketika melintasi terusan itu semasa ribut pasir. Insiden itu mengganggu perdagangan dunia selama hampir seminggu.

Menurut SCA, Mesir kerugian antara AS$12 juta (RM53.8 juta) hingga AS$15 juta (RM67.2 juta) setiap hari akibat penutupan Terusan Suez, manakala penanggung insurans menganggarkan perdagangan maritim global mengalami kerugian berbilion-bilion dolar setiap hari.

Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi meluluskan projek pada Mei lalu untuk meluaskan dan mendalamkan bahagian selatan terusan di mana Ever Given tersekat.

BACA:

Muhyiddin lupa dia sebahagian dalam kerajaan sekarang

Artikel ini disiarkan pada 01/09/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca :Punca utama kapal Affinity V tersekat di Terusan Suez […]