Rahsia terbongkar, ini rupanya 14 punca ramai calon gagal temuduga kerajaan

Rahsia terbongkar, ini rupanya 14 punca ramai calon gagal temuduga kerajaan.Asyik dengar cara untuk nak “ace” interview swasta je, jadi macam mana pula kalau yang dipanggil untuk interview kerajaan pula? Sebab orang kata syarikat swasta dan kerajaan ni cara temuduganya berbeza. Berjaya dipanggil untuk temuduga tapi malanngnya bila diberitahu yang jawatan dimohon tak sesuai. Pegawai Ini Dedah 14 Punca Ramai Calon Gagal Temuduga Kerajaan

Kalau korang nak tahu ada 14 sebab mengapa korang gagal dalam temuduga kerajaan ni. Bunyi macam banyak, tapi kalau korang jauhi 14 perkara yang dikongsi oleh pegawai ini, insyaAllah korang berjaya lepas temuduga.

1. Imej kurang profesional

Satu pesanan untuk korang yang nak pergi interview tu, tahu takk yang imej korang tu lah perkara paling utama yang panel temuduga amat titik beratkan. Selangkah je korang dalam bilik temuduga, imej korang lah benda utama yang panel akan lihat dan kalau rambut pun tak terurus tak bersikat memang lah panel akan pandang serong je sepanjang temuduga tu. Dan jangan ingat mereka akan tutup sebelah mata tau, semasa korang tengah cakap tu, bahagian kemasan diri dan sebagainya nak tulis siap-siap 0.

Memakai sesuatu yang profesional tak bermaksud korang kena habiskan beratus ringgit hanya untuk nak beli kemeja dan seluar slack, bukan. Imej profefsional ni cukup dengan korang pakai pakaian kemas, jangan dilipat lengan baju dan tak pakai tali pinggang yang berkepala besar dan kebudak-budakan.

2. Terlalu santai dalam pertuturan

Memang bila nak melangkah masuk ke dalam bilik temuduga tu rasa seram sejuk. Sampaikan jawapan yang dah dipraktik malam sebelum itu pun tak ingat dah. Jadi caranya untuk nak hilangkan gugup tu, korang mula lah jadi terlebih ramah dan cakap pun santai je bagi tak nak nampak gugup.

Tapi perlu diingatkan juga, temuduga itu berlangsung secara formal, dan kesemua panel tu berpangkat tinggi. Jadi elakkan untuk terlalu bersahaja melainkan panel yang mulakan dahulu. Jawab kesemua soalan yang ditanya dengan baik dana jangan sesekali menjawab persoalan dengan ketawa kecil ataupun ‘mumbling’.

3. Tak perlu nak memuji diri sangat

Kalau betul pun korang adalah pelajar pintar yang score CGPA tinggi, tak perlu lah sampai nak membanggakan diri sangat macam korang je yang hebat. Kekal merendah diri, dan jangan sesekali nak tunjuk yang korang tu hebat sangat. Panel ni dah be

Rahsia terbongkar, ini rupanya 14 punca ramai calon gagal temuduga kerajaanrtahun lamanya lakukan temuduga dan dah jumpa bermacam-macam jenis orang jadi memang cukup senang untuk mereka nak tahu sama ada korang ni berbohong atau tidak.

4. Datang lambat dan tak bersedia dengan jawapan

Pergi lah mana-mana interview sekalipun tak akan ada panel yang boleh lagi senyum walaupun korang datang lambat. Lambat ke temuduga ni memang tak boleh diterima dan ini pun dah cukup nak menunjukkan yang korang ni tak ambil serious terhadap kerja apatah lagi jikalau diterima bekerja kan? Jangan sesekali lambat dan ia memang tidak dapat dimaafkan.

Juga, pastikan diri korang tu bersedia 100% untuk menjawab segala persoalan yang bakal disoal. Jangan waktu interview baru nak terhegeh-hegeh berfikir macam mana nak jawab sudah. Itu memang tak tau lah nak cakap apa.

5. Berikan maklumat palsu dalam resume

Jangan sesekali cuba untuk nak memalsukan resume korang. buruk padahnya kalau tertangkap nanti. Bukan sahaja korang bakal malu tapi juga tak nampak masa depan dalam company yang dimohon tu walaupun untuk jawatan yang lain sebab dah ada sejarah hitam.

6. Tak bawa dokumen penting atau tak tersusun

Kalau dokumen penting macam sijil-sijil pencapaian atau resume sekalipun lupa nak bawa, habis tu panel nak tanya soalan apa? Elakkan lah terlupa atau sebagainya sebab dah tahu dokumen penting tu mesti disediakan. Jadi buat persiapan malam sebelumnya dan pastikan semuanya ada. Jika panel ada meminta untuk membawa gambar passport sila bawa ye. Lagi satu, susun segala dokumen dalam keadaan teratur.

7. Pemalu dan tak mahu berinteraksi

Haihh susah lah kalau datang interview pun tersipu-sipu malu. Macam mana nak mohon jawatan kalau cakap sepatah pun tak nak. Malu tu bertempat lah juga, ni kalau datang temuduga memang lah kena bersuara. Tak diterima ye bak pepatah orang tua-tua “diam tanda setuju”. Diam-diam kena reject lah korang. Huhu..

8. Penggunaan body-language melampau

Tunjukkan minat korang yang mendalam dalam kerja yang dimohon bukannya cuba untuk mengorat panel ye? Korang bolehg gunakan bahasa badan seperti pergerakkan tangan mengangguk kepala dan sebagainya tapi jangan sesekali cuba untuk berlagak manja. Selain itu, jangan membuat lagak sombong seperti menjeling atau menguap, cekak pinggang atau mengunyah gula-gula getah.

Kesemua ini adalah tindakan yang kurang sopan. Bagi wanita pula, berlagak manja tak akan dapat ‘mencairkan’ panel ye.

9. Gaji saya berapa ye?

Perkara menanya soalan gaji berapa ni memang agak rumit sedikit sebab ada yang mencadangkan untuk bertanya sewaktu temuduga dan ada yang berpendapat yang tak perlu menayakan soal gaji sewaktu temuduga. Hmm.. jadi mana satu yang boleh guna ni? Okay anda boleh bertanyakan soalan ini tapi perlu lah dilakukan pada waktu yang sesuai dan cara bertanya juga perlu betul.

Dinasihatkan jika korang mengahadiri temuduga kerajaan, tidak perlu untuk bertanyakan soal gaji kerana kesemua butiran itu telah dinyatakan dan korang sepatutnya perlu baca dahulu. Okay?

10. Berdrama queen

kadang-kadang wanita ni suka berdrama petang sikit untuk nak meraih simpati. Memang kita tak boleh lari daripada drama kehidupan dan jatuh bangun hidup tapi itu semua kita harus simpan sendiri dan jangan pamerkan perihal peribadi pada panel penemuduga. Kadang-kadang cerita sedemikian memang perlu tapi jika terlampau drama panel pun naik muak nak dengarnya. Rasa serba-salah adalah sama ada mahu ambil atau tak.

11. Menggunakan bahasa pasar atau slang

Okay kalau korang mohon kerja di negeri-negeri tertentu tak semestinya korang kena berbahasa negeri tersebut. Macam contoh, minta keja di pejabat Kedah, habis keluar semua loghat utaqa dia pekat bak hang. Haha.. Kekalkan bertutur dalam Bahasa Malaysia rasmi okay. Lagi satu, jangan sesekali gunakan slang moden budak-budak zaman sekarang dan harapkan panel penemuduga untuk faham.

12. Berpolitik ketika temuduga

Bila penemuduga tanya soalan berkaitan politik, itu sebenarnya nak pancing korang je.Sebenarnay mereka nak uji sama ada korang ni peka atau tidak pada isu semasa dan dalam hal ini cuba untuk menjawab persoalan mereka tapi jangan sesekali tunjukkan yang korang protes atau menyokong mana-mana pihak. Hanya sekadar meluahkan pandangan peribadi sahaja sudah cukup. lagak profesional dan ringkas.

13. Tak mengkaji jawatan dan syarikat yang dimohon

Korang nak sangat kerja yang dimohon tapi langsung tak menunjukkan minat terhadap jawatan atau tempat pekerja langsung. Korang rasa korang layak ke untuk kerja tu? Jadi pastikan korang mengkaji dengan teliti jawatan dan syarikat yanng korang bakal bekerja tersebut.

14. Banyak bagi alasan mungkin

Korang yang datang untuk sesi temuduga ni perlu bersedia dengan set soalan yang bakal ditanya oleh panel. Panel amat bijak dan mereka menanya “killer questions” dan menguji kepandaian korang untuk menyelesaikan masalah.

Apabila korang ditanya soalan sebegini, jangan berikan jawapan “mungkin saya akan buat begini,” “mungkin perkara sebegini sesuai untuk masalah sebegitu” dan sebagainya. Tunjukkan keyakinan sikit tapi jangan melampau sangat. Okay?

BACA JUGA: Makan di medan selera je, tapi harga nasi campur cekik darah, RM23 sepinggan!

Terlambat ke sekolah, didikan Faizal Tahir pada anak-anak curi tumpuan

Selain Covid-19, ini 5 bencana besar yang dihadapi di seluruh dunia

Artikel ini disiarkan pada 10/02/2022