Rakyat Malaysia diperingat tidak terpedaya dengan video TikTok viral 7 berita baik, tegas Fahmi

Rakyat Malaysia diperingat tidak terpedaya dengan video TikTok viral 7 berita baik, tegas Fahmi

Rakyat Malaysia diperingat tidak terpedaya dengan video TikTok viral 7 berita baik, tegas Fahmi.

Video memaparkan senarai tujuh faedah menarik ditawarkan kerajaan kepada rakyat yang tular di media sosial baru-baru ini adalah palsu.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil di Facebooknya kemarin.

Beliau berkata sejak ia dimuat naik di TikTok, video berdurasi 42 saat itu telah menerima lebih 1.8 juta tontonan setakat jam 6 petang.

“Terdapat berita palsu mengenai video TikTok yang tersebar sejak 20 jam lalu (kemarin). Malah ada yang memuat turun video ini dan menyebarkannya di platform lain seperti WhatsApp.

“Ini adalah salah satu bahaya penyebaran berita palsu,” katanya.

Sebelum ini, pemilik akaun TikTok dengan nama @saladintivi telah memuat naik video bertajuk ‘Tujuh Berita Baik untuk Rakyat Malaysia 1 Januari 2023’.

Tujuh itu termasuk harga petrol RON95 RM1.50 seliter, harga kereta Perodua Myvi dijual RM25,000, telur gred C RM10.90 sebungkus, harga minyak masak RM23 selima. kilogrammes.

Selain itu, faedah lain ialah kadar tol semua lebuh raya diturunkan kepada 50 peratus, pinjaman tertunggak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan dan semua banduan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dibebaskan.

Difahamkan, video dengan kapsyen ‘Terima kasih Papa Anwar Ibrahim’ itu dikongsikan secara meluas oleh netizen menerusi pelbagai platform media sosial.

Dalam pada itu, Fahmi menasihatkan orang ramai menyemak kesahihan sebarang maklumat selain membuat laporan kepada TikTok dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan segera.

“Ingat, semak sebelum kongsi, kalau tak pasti jangan bagi,” katanya.

BACA JUGA:

Shahidan Kassim dakwa Ahli Parlimen PN tidak diberi peruntukan

Ikuti Kisah Harut Marut yang diceritakan di dalam al-Quran

Pernah dengar G6PD? Jom ambil tahu penyakit yang tiada ubat ini

Artikel ini disiarkan pada 02/01/2023

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Rakyat Malaysia diperingat tidak terpedaya dengan video TikTok viral 7 berita baik, tegas Fahmi […]

  • […] Rakyat Malaysia diperingat tidak terpedaya dengan video TikTok viral 7 berita baik, tegas Fahmi […]