Ramai Teruja Tengok Replika Myvi Dibuat Guna Lego

Ramai Teruja Tengok Replika Myvi Dibuat Guna Lego

Ramai Teruja Tengok Replika Myvi Dibuat Guna Lego.Perodua Myvi antara model kereta tempatan yang popular sehingga digelar sebagai ‘King of The Road’ kerana pelbagai kontroversi yang ditimbulkan oleh segelintir pemiliknya ketika memandu.

Tetapi, apa yang membuat ‘King’ menjadi perhatian kali ini bukan disebabkan pecutan laju tetapi replika model Myvi saiz sebenar yang dibuat menggunakan blok lego.

Menerusi perkongsian video tular oleh akaun TikTok znspantas, kelihatan sebuah kereta Myvi berwarna kuning diturunkan beramai-ramai dari kontena.

Sekali pandang, tiada yang aneh mengenai model Myvi tersebut tetapi setelah diamati, ternyata Myvi tersebut dibuat daripada blok lego.

Difahamkan, menurut pemilik video, replika Myvi tersebut akan dipamerkan di pusat membeli belah Publika.

Video berdurasi 17 saat itu telah meraih 1.4 juta tontonan, hanya dalam tempoh 24 jama dimuat naik selain dibanjiri dengan ribuan komen warganet.

Idea Kreatif Anak Malaysia

Memetik Motoqar, model replika kereta Myvi itu dibangunkan oleh Bryks Art dengan menggunakan 1.27 juta blok lego. Fuhh menarik bukan?

Menurut sumber, penghasilan replika Myvi berkenaan memerlukan masa selama 2 bulan untuk dipasang dengan melibatkan seramai 15 orang individu.

Apa yang amat menakjubkan, segala perincian seperti lampu depan, belakang dan kabus berfungsi seperti Myvi yang asli. Jelas terlihat lampu yang bernyala itu sama persis dengan Myvi sebenar walaupun hanya sekadar blok lego.

Malah, kemasan menarik di dalam kabin juga mirip dengan Myvi asli yang menggunakan kemasan merah pada bahagian kerusi.

Selain itu, papan pemuka, tombol kawalan dan tombol gear serta skrin yang diletakkan di bahagian tengah juga seakan sama dengan model Myvi sebenar.

Lebih menarik, sistem audio MyBi turut berfungsi dan memainkan alunan lagu raya. Tak cukup dengan itu, suspensi, brek, tayar dan rim asli juga digunakan. Fuhh, detailing yang sangat terperinci dan menarik.

Jika anda semua ingin melihat dengan lebih dekat model replika ini, bolehlah mengunjungi pameran yang dibuat di Publika sehingga 29 Mei ini.

Tapi ingat! Ambil gambar berhati-hati, once broken considered sold. Mahal tu..

Baca:Transmisi baru untuk Perodua Alza keluaran terkini !

Artikel ini disiarkan pada 28/05/2022

COMMENTS

Wordpress (0)