Rupanya ini punca lelaki belasah warga emas di Padang Jawa

Rupanya ini punca lelaki belasah warga emas di Padang Jawa

Rupanya ini punca lelaki belasah warga emas di Padang Jawa .Tengahari tadi seorang Facebooker telah memuat naik rakaman memaparkan lelaki terbabit yang memakai topi keledar menumbuk berkali-kali di muka seorang warga emas dipercayai pemandu kenderaan Honda berwarna hitam di tengah jalan.

Rata-rata pengguna Facebook bengang dan marah dengan tindakan lelaki itu yang disifatkan kurang ajar serta meminta pihak polis mengambil tindakan.

Dalam rakaman lain kelihatan lelaki tersebut sedang dikeronyok beramai-ramai oleh penduduk-penduduk di kawasan berkenaan.

Kejadian itu berlaku di sekitar Padang Jawa ini katanya berpunca dari kenderaan warga emas tersebut telah terlanggar motorsikal lelaki itu tetapi dari sedutan video awal lelaki motorsikal tidak berpuas hati kerana warga emas berkenaan khabarnya menunjukkan ‘jari tengah’ bukannya meminta maaf.

Apa-apapun jangan buat spekulasi, tunggu kes disiasat selanjutnya.

Baca :
Tular Perkhidmatan Van Jenazah Kenakan caj hingga RM4,500!

Artikel ini disiarkan pada 22/05/2022

COMMENTS

Wordpress (0)