Rusa kuning berbintik merah, tuan nekad buang gara-gara dengar bunyi seram setiap malam

Rusa kuning berbintik merah, tuan nekad buang gara-gara dengar bunyi seram setiap malam. Seorang ibu terpaksa membuang rusa mainan milik anaknya yang dipercayai berhantu.
Lebih seram, ‘benda’ terbabit sering mengganggu keluarganya ketika mereka sedang tidur.
Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali Sarasaera1 di TikTok, si ibu nekad untuk membuang mainan anaknya yang dikatakan menjadi punca keluarganya diganggu.
@sarasaera1 korang ada mainan ni ? #fyp #horror ♬ Ghost Twins Singing – Horror Sound Effect – Ultimate Horror Sounds
Dalam pada itu, tetamu yang datang menginap di rumahnya turut memberitahu bahawa dia tidak dapat tidur dengan lena kerana mendengar bunyi seperti orang sedang marah.
Bercerita lagi, anak buahnya pernah mengadu dengan mengatakan dia terdengar bunyi kuda seperti sedang melompat-lompat di tepi katil.
BACA JUGA:
Anak berwajah Korea, pelengkap hidup Jehan Miskin dan Julie
Cubaan Najib melucutkan kelayakan Sri Ram, temu jalan buntu
Artikel ini disiarkan pada 08/12/2022