Ryan Bakery cerita pengalaman dalam Sepahtu Reunion Live

Ryan Bakery cerita pengalaman dalam Sepahtu Reunion Live

Ryan Bakery cerita pengalaman dalam Sepahtu Reunion Live.Tentu ramai yang ingin ketahui bagaimanakah perasaan selebriti TikTok Malaysia, Ryan Bakery ini selepas dia dijemput pula ke rancangan lawak popular, Sepahtu Reunion Live baru-baru ini yang dapat bersama-sama rakannya WanChai menghiburkan peminat serta kumpulan lawak terkenal, Sepahtu.

Ryan Bakery di ruangan Instagram peribadinya ternyata ada meluahkan rasa syukur dengan jemputan pihak Sepahtu Reunion Live. “Hari yang luar biasa. Aku diberi peluang berganding dengan Sepahtu Reunion Live. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.” Katanya.

Ryan Bakery dalam rakaman sesi live bersama Shuib Sepahtu juga berkata bahawa di rancangan tersebut tidak mempunyai skrip malah dilakukan secara spontan yang sedikit sebanyak memberikannya satu cabaran baru namun dapat juga mengajarnya bermain di pentas.

Pengalaman yang dikongsikan influencer terkenal itu dalam sesi live bersama Shuib Sepahtu bagaimanapun ditinggalkan ratusan reaksi ramai menerusi ruangan komen apabila ada yang turut respek kepadanya yang boleh mengendalikan situasi ketika penonton di studio bersorak.

https://www.instagram.com/p/Cg4hWCCPhgJ/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Baca ,:Shuib akhirnya dedah ciri – ciri wanita untuk jadi calon isterinya

Artikel ini disiarkan pada 09/08/2022

COMMENTS

Wordpress (0)