“Saya janji saya tak curangkan awak lagi” – Shuk

“Saya janji saya tak curangkan awak lagi” – Shuk

Beberapa minggu lalu hangat diperkatakan kontroversi mengenai pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar apabila isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendedahkan kecurangannya di media sosial.

Shuk membuat kejutan apabila melakukan live Instagram menghantar rombongan ‘meminang’ isterinya sekali lagi. Pada awalnya, Shuk yang lengkap memakai baju pengantin meminta izin daripada izinnya untuk berkahwin. Suasana tiba-tiba menjadi panik dan masing-masing yang berada bersama Rossalennah ketika itu turut terkejut dengan permintaan pelawak tersebut. Namun, rupanya Shuk lengkap berbaju pengantin itu untuk pulang ke rumah dan bertemu isterinya.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Shuk ada memuat naik status daripada mereka yang mendoakan rumah tangganya kembali pulih serta pelawak itu diberi kekuatan dan kesabaran untuk memujuk hati isterinya. Terdahulu, Shuk ada berkongsi video di Instagram bertemu anak-anaknya dan mengaku kesilapan diri. Katanya, apa yang berlaku dalam hidup dan keluarganya ketika ini adalah berpunca daripada kesilapan sendiri.

Artikel ini disiarkan pada 09/02/2021

COMMENTS

Wordpress (0)