Seekor anjing dapat surat saman pandu laju

Seekor anjing dapat surat saman pandu laju.Seorang lelaki Jerman keliru apabila mendapati surat saman yang dihantar ke rumahnya kerana memandu melebihi had laju, memaparkan gambar seekor anjing, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Lelaki itu menerima surat saman berjumlah €50 (RM229.30) tetapi pelakunya kelihatan seperti haiwan peliharaannya iaitu seekor anjing kecil berwarna putih.

“Reaksi pertama saya adalah, ini tidak benar. Saya rasa bapa saudara saya juga terkejut,’’ kata anak saudara kepada lelaki berkenaan kepada laman berita The Dodo.

Imej itu dilihat benar tetapi anak saudara lelaki itu kemudian menjelaskan bagaimana anjing tersebut boleh dilihat memandu kereta tersebut.

Katanya, anjing itu melompat ke atas riba pemandu pada masa yang sama kereta itu melepasi kamera trafik.

Seekor anjing dapat surat saman pandu laju

“Biasanya anjing itu memakai tali pinggang khas untuk keselamatan. Namun, pada hari kejadian, bapa saudara saya terlupa melakukannya dan anjing itu datang kepadanya. Lebih melucukan adalah ia berada di riba hanya selama tiga saat,’’ katanya.

Lelaki itu dikatakan mahu membantah saman tersebut, namun sebagai warganegara yang baik, dia tetap membayar denda yang dikenakan

BACA:

Penganggur dipenjara 15 tahun, rogol isteri kawan sendiri

Lokasi popular untuk ‘ngabuburit’ di bulan Puasa

Harga terkini kereta perodua Axia model auto dan manual

Artikel ini disiarkan pada 09/04/2022

COMMENTS

Wordpress (0)