Selepas kecoh di dakwa curi kajian student PHD , Universiti Malaya tampil buat penjelasan

Selepas kecoh di dakwa  curi kajian student PHD , Universiti Malaya tampil buat penjelasan

Selepas di dakwa curi kajian student PHD , Universiti Malaya tampil buat penjelasan.Universiti Malaya (UM) menafikan tuduhan yang tular di media sosial oleh seorang calon ijazah doktor falsafah (PhD) antarabangsa yang mendakwa kajiannya diambil penyelia tanpa kebenaran.

UM berkata, menjadi dasar universiti bahawa hasil penyelidikan dan ilmiah merupakan hak milik universiti.

Sehubungan itu, UM sudah membuat laporan polis bagi menafikan tuduhan calon tersebut dan sedang mengkaji tindakan perundangan bersesuaian.

Menurut UM, pihak universiti telah memberi peluang dan sumber bagi membantu calon terbabit menyempurnakan PhD termasuk pelanjutan tempoh pengajian sebanyak tiga semester selepas tamat tempoh maksimum 12 semester dengan yuran ditaja fakulti.

Bagaimanapun, UM memaklumkan calon terbabit belum menamatkan pengajian mengikut tempoh lanjutan yang diberi.

“Universiti juga telah mengadakan beberapa sesi kaunseling dan melantik penyelia tambahan bagi membantu beliau.

“Namun, calon tersebut masih didapati tidak berupaya untuk menamatkan pengajiannya dalam tempoh pelanjutan yang diberi,” kata UM dalam kenyataan.

Terdahulu, tular di media sosial seorang pelajar asing membuat laporan polis terhadap UM mendakwa bahawa kajiannya diambil tanpa pengetahuan.

Melalui video berdurasi lebih seminit itu, pelajar terbabit memaklumkan menghabiskan hampir dua tahun untuk menyiapkan kajian tersebut, tetapi akhirnya kecewa apabila kajiannya diambil pihak universiti.

Baca :Kapal perang India berlabuh di Pelabuhan Klang, ini sebenarnya yang berlaku

Artikel ini disiarkan pada 29/08/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca :Selepas kecoh di dakwa curi kajian student PHD , Universiti Malaya tampil buat penjelasan […]