Selepas pengumuman hadiah dari PM, ini komen penjawat awam

Selepas pengumuman hadiah dari PM, ini komen penjawat awam

Selepas pengumuman hadiah dari PM, ini komen penjawat awam.Rata-rata penjawat awam bergembira dan berterima kasih di atas keprihatinan kerajaan yang mengumumkan enam inisiatif ketika rakyat sedang berdepan dengan kenaikan kos sara hidup.

Semalam kerajaan memberikan beberapa khabar gembira termasuk Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 bermula Januari depan selain Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 melibatkan Gred 56 ke bawah.

“Saya harap ia naik secara kekal setiap tahun. Inisiatif kerajaan itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kewangan lebih-lebih lagi bagi mereka yang bergred 11 ke atas,” katanya ketika dihubungi ­Kosmo!.

Seorang lagi penjawat awam di sektor kesihatan, Norasyikin Nordin, 32, berkata, dana yang diberikan pihak kerajaan akan digunakan untuk pergi bercuti bagi menenangkan fikiran.

“Syukur Perdana Menteri terus membantu kami (penjawat awam), dana yang diberikan ini membuatkan perasaan Keluarga Malaysia itu semakin kuat dan akan menambahkan semangat untuk kami terus berkhidmat.

Sementara itu, di Kuala Terengganu, Pembantu Operasi di Jabatan Penerangan Terengganu, Muhammad Amir Izuddin Mustafa berkata, dia bersyukur apabila kerajaan menaikkan kadar maksimum jumlah cuti rehat boleh dikumpulkan untuk award wang tunai.

“Ada kalanya, kami tidak sempat mengambil cuti diperuntukkan tersebut kerana mengutamakan tugas dalam pelbagai program diadakan jabatan di seluruh negeri,” katanya.

Bagi pemandu di Jabatan Penyiaran Negeri Terengganu, Azmi Ismail pula, pengumuman itu memberi kelebihan kepada penjawat awam yang rajin bekerja untuk meningkatkan ganjaran wang tunai ketika bersara.

Pengorbanan penjawat awam yang sanggup bersengkang mata bekerja siang malam sangat dihargai oleh Perdana Menteri.

“Kadang-kadang cuti rehat ini sentiasa berbaki kerana penjawat awam lebih mengutamakan tugasan hakiki berbanding perkara lain,” katanya.

Di Shah Alam, Seorang kakitangan awam, Samsul Salip, 48, berkata, KGT membantu meningkatkan taraf hidup yang turut berdepan isu kenaikan harga barang.

“Semua penjawat awam perlu memanfaatkan peluang istimewa itu dan menggunakannya sebaik mungkin,” katanya.

Bagi guru sekolah, Norafina Rejab, 28, BKK membantu me­ringankan beban penjawat awam baharu sepertinya.

“Hadiah ini dianggap amat istimewa bagi saya yang hanya kurang setahun menjadi pendidik,” katanya.

Di Kota Bharu, Pegawai Farmasi Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa, Mohamad Aswady Adenan, 41, berkata, kesemua bantuan itu amat menepati matlamat keluarga Malaysia.

“Penambahbaikan pada pergerakan gaji tahunan bagi pegawai kerajaan yang mencapai gaji maksimum turut ditunggu-tunggu selama ini,” katanya.

Di Sungai Petani, Nor Farhani Che Ad, 33, berkata, pengumuman KGT dan BKK memberikan khabar gembira buat dirinya.

“Kestabilan hidup daripada aspek kewangan adalah perkara penting yang perlu diambil berat oleh pihak kerajaan,” katanya.

Baca :Hanya Jakim bantah, 15 agensi lain sokong Konsert artis barat – Menteri Agama

Artikel ini disiarkan pada 31/08/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca :Selepas pengumuman hadiah dari PM, ini komen penjawat awam […]