Selepas teruk dikecam juri Big Stages, akhirnya Iqbal buat keputusan….

Selepas teruk dikecam juri Big Stages, akhirnya Iqbal buat keputusan….

Selepas teruk dikecam juri Big Stages, akhirnya Iqbal buat keputusan…. Malam tadi bermulanya program Big Stage musim ke-3 dengan 11 dari 12 peserta mempersembahkan kemampuan diri bernyanyi di atas pentas besar.

Gimik yang dibuat pihak penganjur nyata meraih perhatian netizen walaupun menerima pelbagai komen negatif berikutan memperkenalkan ‘juri netizen’ yang diwakili usahawan kosmetik penuh k0ntroversi, DatoSeriVida serta peserta ke-12 yan tidak dijangka-jangka iaitu AhmadlqbalZulkefli.

Pening kepala juri
Disebabkan kemunculan lqbal, ramai yang melemparkan tuduhan bahawa program tersebut sengaja mengundang kedua-dua pihak itu demi mendapat perhatian daripada netlzen.

Tolak tepi perihal msalah peribadi mereka, nyanyian lqbal nyata membuatkan juri-juri tetap pening kepala untuk memberikan markah dan Iqbal sendiri sedar perkara berkenaan. Hal ini ditulis sendiri pemuda berusia 27 tahun itu di Instagramnya.

Kalau masih teruk, nak tarik diri
Menyanyikan lagu dari Broery Marantika iaitu Biarlah Bulan Bicara Sendiri, ramai yang meninggalkan komen dengan mendakwa pemuda itu tidak layak bersaing di pentas Big Stage.

Dalam luahannya, berharap orang ramai dapat memberikannya satu lagi peluang pada minggu hadapan dan jika ia tidak berhasil, dia sendiri akan menarik diri walaupun tiada penylngkiran.

Tambahnya, dia telah menolak beberapa kali tawaran dari pihak Astro namun sedar peluang ini cuma sekali.

Minta peluang sekali lagi

Dikesempatan itu, Iqbal turut memohon maaf kepada tenaga pengajar dan pihak Astro kerana persembahan yang diberikan sangat mengcewakan.

Selepas teruk dikecam juri Big Stages, akhirnya Iqbal buat keputusan....

Walau bagaimanapun, anak jati Kelantan itu tetap bangga dengan diri sendiri kerana berani kedepan dan mengambil peluang untuk terus belajar.

Dia berharap orang ramai tidak menilainya seperti seseorang yang telah terdidik menjadi penyanyi dan terus mendoakan agar bersemangat untuk meneruskan perjalanan di pentas berkenaan.

Terdahulu, kemunculan lqbal di pentas Big Stage musim ke-3 nyata memberi kejutan yang tak diinginkan oleh ramai pihak. Nyanyiannya yang agak ‘kelaut’ telah membuatkan para juri sukar memberikan markah dan Ajai selaku juri tetap hanya memberikan 5% markah.

Program Big Stage musim ke-3 telah bersiarkan secara langsung di Astro Ria dan Ria HD pada pukul 9 malam setiap Ahad dengan Alif Satar serta Sherry Alhadad sebagai pengacara.

Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai berperanan sebagai juri tetap serta pihak penganjur memperkenalkan juri juara (Aliff Aziz) dan juri netizen (Dato’ Seri Vida). Pada malam itu, Mas Idayu telah diundang sebagai juri jemputan untuk sama-sama memberikan markah buat para peserta.

BACA JUGA : Shuk kantoi keluar dengan perempuan lain, netizen perasan ada sesuatu yang pelik

Belum ambil SPM, pelajar Tingkatan 4 dah bertunang !!!

Edar dan miliki dadah, pasangan tunang didakwa

Artikel ini disiarkan pada 08/02/2022