Sensasi!! Nama anak ‘Alhamdulillah Rejeki Hari Ini’ bualan hangat netizen

Sensasi!! Nama anak ‘Alhamdulillah Rejeki Hari Ini’ bualan hangat netizen

YOGYAKARTA – Pasangan suami isteri memberi nama unik untuk bayi mereka iaitu ‘Alhamdulillah Rejeki Hari Ini’.
Didit Saputro dan Meidiana, memberi nama itu bagi melahirkan rasa syukur selepas tujuh tahun baru dikurniakan zuriat. Didit merupakan jurugambar profesional memberitahu isterinya telah menjalani kaedah rawatan kesuburan di hospital termasuk rawatan alternatif seperti perubatan tradisional.
“Ya, saya benar-benar tidak menjangkakannya, semua yang berlaku kerana izin dari Allah SWT,” katanya.

Sebelum ini, keunikan nama bayi itu menjadi bualan hangat masyarakat termasuk warga maya selepas kad pengenalan diri bayi tersebut tular.

Sumber: SinarHarian

Artikel ini disiarkan pada 08/02/2021

COMMENTS

Wordpress (0)