Setiap manusia diuji masalah hidup, begitu juga kisah wanita cekal Azimah Rahim

Setiap manusia diuji masalah hidup, begitu juga kisah wanita cekal Azimah Rahim

Setiap manusia diuji masalah hidup, begitu juga kisah wanita cekal Azimah Rahim. Kisah wanita yang bekerja sebagai penghantar makanan sambil menggendong anak OKU penglihatan tular sehingga mendapat perhatian penceramah dan aktivis masyarakat Ebit Lew.

Azimah, ibu kepada cahaya mata yang mengalami masalah penglihatan, Zahirah, 6, menunggang motosikal untuk menghantar makanan sebagai mata pencariannya.

“Menangis kakak terharu dalam kereta hadiah untuknya sambil peluk anaknya dan katanya, YA ALLAH anak rezeki kita. Tak sangka dapat rezeki begini.

“Sebak sayu hati bila ziarah akak ni tadi. Kuatnya seorang ibu demi membesarkan anak dengan kerja menghantar makanan dengan mengendong anaknya,” titip Ebit.

Azimah yang ditemui Ebit Lew menerima hadiah sebuah Produa Viva.

Kisah wanita ini pernah tular selepas warga maya menyatakan kebimbangan terhadap anak kecil itu dibawa ibunya menggunakan penggendong sambil menunggang motosikal.

Sebelum ini wanita itu telah menerima tajaan rumah sewa daripada Ebit. Tidak sekadar itu, pihaknya cuba mencarikan pengasuh buat Zahirah namun tidak berjaya.

“Syukur pada ALLAH, 11 bulan lalu kami carikan rumah dan kami bayarkan sewa bulanan rumah kakak ini dan anak kecilnya sehingga kini.

“KAMI CUBA BANTU MENDAPATKAN PENGASUH TETAPI ANAK INI AKTIF DAN TIDAK MAHU DENGAN ORANG LAIN. BEBERAPA PENGASUH TIDAK DAPAT MENJAGANYA KERANA BELIAU MEMERLUKAN PERHATIAN 24 JAM OLEH IBUNYA,” TITIP EBIT.

Menurutnya kenderaan itu diberikan bagi memudahkan pergerakan Azimah mencari rezeki.

“Kami hadiahkan sebuah kereta supaya kakak ini (Azimah) boleh kerja menghantar barang dan makanan menggunakan kereta.

“KADANG-KADANG BELIAU MENGAMBIL TEMPAHAN MI KARI DAN LAKSA. BELIAU PANDAI MASAK JUGA.

YA ALLAH SEMOGA KAKAK INI BERSAMA ANAK KECILNYA DIBERI KEKUATAN,” KATANYA.

Warga maya menitipkan doa agar Azimah dan permata hatinya itu dan mengucapkan terima kasih buat Ebit Lew yang prihatin serta pantas menghulurkan bantuan.

BACA JUGA:

Cikgu Korea tular kali ini bukan kerana Korea, tapi kerana diperkotak katik oleh PPD

Aiman, Timbalan Menteri yang kadangkala menjadi persoalan kerana hujung nama sama Mat Sabu

Selesai pelantikan Kabinet Menteri, kini 27 Timbalan Menteri pula, dan 8 adalah wanita

Artikel ini disiarkan pada 15/12/2022

COMMENTS

Wordpress (0)