Shahidan Kassim dakwa Ahli Parlimen PN tidak diberi peruntukan

Shahidan Kassim dakwa Ahli Parlimen PN tidak diberi peruntukan

Shahidan Kassim dakwa Ahli Parlimen PN tidak diberi peruntukan

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa keputusan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak memberikan peruntukan kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang sebagai tidak adil.

Bagaimanapun, beliau menyatakan akan membuat perbincangan secara berterusan bersama pihak terlibat bagi memastikan isu berkaitan peruntukan dapat diselesaikan.

“Di Parlimen, (kita memang) lain. Walaupun nama Kerajaan Perpaduan, tetapi kami ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional tidak dapat peruntukan, manakala Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan dapat peruntukan.

“Itu sudah ‘sesuatu’, bak kata (Allahyarham) P. Ramlee: ‘ini tidak adil!’
“Walau bagaimanapun kita akan bincang perkara ini berterusan dan dapat manfaatkan semua pihak,” kata Shahidan.

Shahidan berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Pertubuhan Perpaduan Ummah di Pusat Khidmat Parlimen Arau, Kubang Gajah pada Sabtu.

Awal Disember lalu, Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khiruddin menyatakan bahawa kerjasama baik antara kerajaan dan pembangkang boleh dilaksanakan sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat mengutamakan pemberian peruntukan Ahli Parlimen dengan sama rata.

Ahli Parlimen Jerantut itu menerusi satu kenyataan di Facebooknya berkata, perkara berkenaan merupakan antara janji termaktub dalam manifesto Pakatan Harapan (PH), yang kini menerajui Kerajaan Persekutuan.

BACA JUGA:

Solat yang mudah dilakukan, tapi masih ramai yang mengabaikan fadhilatnya

Hasil bedah siasat, polis mengesahkan kes lelaki yang lari dari pengawasan polis itu mati dibunuh

Tahukah anda, ada lagi manusia sebelum Nabi Adam diciptakan?

Artikel ini disiarkan pada 01/01/2023

COMMENTS

Wordpress (4)
  • […] Shahidan Kassim dakwa Ahli Parlimen PN tidak diberi peruntukan […]

  • […] Shahidan Kassim dakwa Ahli Parlimen PN tidak diberi peruntukan […]

  • Weifsheks 2 weeks

    Combining both eastern and western modalities of healing can help endometriosis patients feel better while also improving their chances of having a baby clomid for low testosterone levels Liver histology also revealed inflammation

  • Weifsheks 1 week

    clomid for low testosterone 3 О± 1 Adrenoceptor Antagonists