Shuib baru masuk Suria FM dah ada Netizen kritik

Shuib baru masuk Suria FM dah ada Netizen kritik

Shuib baru masuk Suria FM dah ada Netizen kritik.Akhirnya terjawab setelah ramai yang berteka-teki siapa yang bakal menjadi penyampai radio baru Suria FM bersama-sama dengan Ajak serta Suraya untuk segmen Morning Morning Suria.

Kekosongan tempat penyampai radio yang sebelum ini merupakan milik Fizi Ali bakal digantikan dengan pelawak, Shuib Sepahtu.

Berita tersebut telah didedahkan kepada orang ramai ketika siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang diadakan di IOI City Mall, Sabtu lalu dan susulan itu, ramai berasa gembira melihat kemunculan Shuib sebagai penyampai radio semula.

Biarpun ramai berasa gembira mendengar khabar berita berkenaan, di Facebook, ada beberapa netizen kurang senang melihat pelawak tersebut mengganti tempat Fizi dan merasakan ada orang lain yang lebih layak daripada dia.

Bukan saja itu, malah netizen turut mendakwa segmen terbabit akan menjadi lebih ‘bingit’ dari yang sebelum selepas kemunculan Shuib.

Dalam pada masa yang sama, warganet merasakan pihak radio asyik mengambil orang yang sama tanpa memberi peluang kepada ‘budak-budak baru’ untuk mengasah bakat mereka menjadi penyampai radio.

Sekadar info, sebelum ini Shuib Sepahtu pernah menjadi penyampai di stesen radio Hot FM selama dua tahun sebelum mengambil keputusan undur diri Januari lalu.

Baca :Tular video bayi dilambung jemaah, dakwa dah besar supaya jadi wali

Artikel ini disiarkan pada 30/08/2022

COMMENTS

Wordpress (4)
  • […] Baca :Shuib baru masuk Suria FM dah ada Netizen kritik […]

  • […] Baca :Shuib baru masuk Suria FM dah ada Netizen kritik […]

  • Weifsheks 5 days

    Consider lowering beta blocker dose methotrexate without a prescription

  • Weifsheks 1 day

    Urethral stricture can also lead to urinary tract obstruction purchasing cialis online Monitor Closely 1 cenobamate will decrease the level or effect of copanlisib by affecting hepatic intestinal enzyme CYP3A4 metabolism