Shuk kantoi keluar dengan perempuan lain, netizen perasan ada sesuatu yang pelik

Shuk kantoi keluar dengan perempuan lain, netizen perasan ada sesuatu yang pelik. kemelut rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan Rossa Sera masih belum menemui noktah walaupun sudah hampir tiga bulan mereka hidup berjauhan.

Akui Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah, ketika ini Shuk masih berada di rumah keluarganya di Pulau Pinang.

Sehubungan itu timbul tanda tanya tentang perkembangan berhubung kenyataan Sera sebelum ini yang mahu memfailkan perceraian terhadap Shuk pada November lalu.

Pada November, Serra mendedahkan dia bakal memfailkan perceraian selepas lima tahun berdepan konflik rumah tangga.

Dia juga memberitahu sudah tidak tinggal sebumbung dengan pelawak itu sejak Oktober.

Nampak Shuk Keluar Dgn Perempuan Lain

Sera dalam proses menfailkan cerai

Kecurangan Shuk Sahar terhadap isteri sering saja didedahkan di media sosial sehingga ramai yang sudah letih dengan drama rumah tangganya.

Namun begitu, setelah pelbagai cerita sensasi berkaitan pelawak tersebut dengan wanita lain bertebaran, isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera dikatakan tekad mahu berpisah walaupun beberapa kali Shuk dilihat cuba memujuk bagi memperbaiki hubungan.

Lama Tak Nampak Shuk Aktif Media Sosial

@xnurazli_ Ada yang kenal ka#fypシ ♬ bunyi asal – Perminat pak lang zul – Peminat pak lang zul


Shuk juga seakan ‘hilang’ dari industri seni Tanah Air apabila media sosialnya tidak lagi aktif sejak penghujung tahun lalu.

Walau bagaimanapun, menerusi satu perkongsian yang tular sejak pagi tadi di aplikasi TikTok, seorang pengguna dikenali sebagai @xnurazli_ telah memuat naik video secara tidak sengaja terjumpa pelawak berkenaan.

Shuk dilihat sedang lepak bersama seorang perempuan yang dipercayai wanita sama yang menjadi punca kontroversi-kontroversi sebelum ini.

Hal ini susulan tindakan ‘paparazi’ netizen yang mulai menjengah ke Instagram wanita itu bagi melihat sama ada baju dan tudung yang dipakai sama seperti gambar yang pernah di post sebelum ini.

Netizen Nampak Benda Pelik

Shuk kantoi keluar dengan perempuan lain, netizen perasan ada sesuatu yang pelik

Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai di ruangan TikTok @xnurazli_ dengan mempersoalkan tindakan Shuk yang tetap curang walaupun ada ura-ura mengatakan yang dia cuba berbaik dengan isteri.

Tak hanya itu, netizen turut mempersoalkan tindakan wanita di hadapannya yang duduk di atas tiga buah kerusi seperti yang sering dilakukan kepada kanak-kanak yang tidak sampai untuk makan diatas meja berikutan meja tersebut terlalu tinggi.

BACA JUGA : ‘Leave Sajat alone’, Alicia Amin back up Sajat

Belum ambil SPM, pelajar Tingkatan 4 dah bertunang !!!

Pilu!!!! Imam madrasah kerja kutip sampah

Artikel ini disiarkan pada 08/02/2022