Siapa sebenarnya bekas PM Jepun yang di tembak mati

Siapa sebenarnya bekas PM Jepun yang di tembak mati

Siapa sebenar bekas PM Jepun yang di tembak mati Beliau pertama kali menjadi Perdana Menteri Jepun pada 2006 tetapi hanya bertahan selama setahun sahaja.

Beliau kemudian membuat kemunculan semula dan kembali menjadi PM Jepun pada 2012 hingga 2020 menjadikan beliau PM paling lama dalam sejarah negara tersebut.

Beliau telah membawa semula kepimpinan politik Jepun yang lebih berwibawa dan bebas daripada “cengkaman” birokrat dan diperkotak-katikkan oleh pembangkang.

Beliau berazam untuk merobah perlembagaan Jepun yang sebelumnya membataskan pasukan tentera hanya sekadar mempertahankan sempadan negara.

Beliau telah membuka ekonomi Jepun daripada melindungi pasaran domestik kepada meneroka pasaran baru luar negara.

Ada yang menulis bahawa semua institusi pasca perang yang menghalang kemunculan semula Jepun sebagai sebuah negara yang kuat dan aktivis akan “dihancurkan” di bawah pentadbiran beliau.

Kepimpinan antarabangsa Jepun telah bangkit di era beliau sebagai Perdana Menteri.

Parti Liberal Demokratik juga telah memenangi sebanyak 6 kali pilihanraya nasional semasa beliau menjadi pemimpinnya.

Beliau juga adalah pendokong paling kuat Dasar Pandang Ke Timur Malaysia.

Bersemadilah dengan aman di sana.

Saya amat menghormati dan mengagumi anda, Shinzo Abe…

#ShinzoAbe

Baca :Isteri ‘tangkap’ suami kantoi curang di rumah mentua

Artikel ini disiarkan pada 08/07/2022

COMMENTS

Wordpress (0)