Singapura menghalau nelayan tempatan, ADUN Johor gesa sempadan perairan negara dipeta semula

Singapura menghalau nelayan tempatan, ADUN Johor gesa sempadan perairan negara dipeta semula

Singapura menghalau nelayan tempatan, ADUN Johor gesa sempadan perairan negara dipeta semula. Kerajaan Johor perlu membuat semula pemetaan persempadanan perairan antara Singapura dan Johor terutama di perairan Selat Tebrau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad berkata, perkara tersebut amat penting kerana membabitkan isu keselamatan serta kedaulatan negara serta negeri ini.

“Isu keselamatan dan kedaulatan negara ini amat penting dan harus diberi perhatian utama oleh kerajaan, sama ada kerajaan negeri mahupun kerajaan Persekutuan. Ini kerana merupakan maruah bagi setiap negara yang merdeka seperti Malaysia.

“Aspek keselamatan dan kedaulatan negara ini tidak harus dikompromi kerana jika tidak dipantau dan dijaga dengan baik, maruah negara bukan diinjak-injak, malah bakal kehilangan haknya,” katanya dalam sesi perbahasan Belanjawan 2023 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar di sini pada Rabu.

Beliau berkata, gesaan itu juga dibuat susulan tindakan pihak berkuasa Singapura yang menghalau nelayan tempatan dengan kata-kata kesat dan berbaur hinaan pada Oktober lalu.

“Insiden tersebut tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku, imej rakyat kita dihina, nelayan kita ini bukan penceroboh sebalik hanya mencari rezeki sebagai nelayan dengan menjala dan memancing di sana.

“Tetapi mereka dihalau dah dihina dengan kata-kata kesat, tindakan pihak berkuasa negara itu iaitu Police Cost Guard tidak wajar dan kerajaan negeri harus ambil tindakan segera dan hantar surat bantahan kepada negara tersebut

“Isu ini tidak harus ‘disenyapkan’ begitu sahaja kerana tanpa ada bantahan, seolah-olah mengaku kesalahan rakyat kita,” katanya.

Pada 24 Oktober lalu, beberapa nelayan tempatan yang terlibat dalam pertengkaran dengan pihak berkuasa Singapura mendakwa dihamburkan kata-kata kesat dan penghinaan oleh pihak berkuasa Singapura.

Dua video berdurasi dua minit dan 43 saat berkenaan kejadian itu sebelum ini tular dalam media sosial yang menyaksikan nelayan tempatan dihalau pihak berkuasa Singapura.

Video berkenaan menyebabkan warganet marah dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas atas kejadian itu.

BACA JUGA:

Aiman, Timbalan Menteri yang kadangkala menjadi persoalan kerana hujung nama sama Mat Sabu

Selesai pelantikan Kabinet Menteri, kini 27 Timbalan Menteri pula, dan 8 adalah wanita

Che Ta 9 tahun kahwin, 9 kali sarung baju kahwin, kongsi bahagia kepada peminat

Artikel ini disiarkan pada 15/12/2022

COMMENTS

Wordpress (0)