Sotong goreng tepung ke donat sotong , harga boleh tahan mahal sampai RM 15

Sotong goreng tepung ke donat sotong , harga boleh tahan mahal sampai RM 15

Sotong goreng tepung ke donat , harga boleh tahan mahal.Tidak dinafikan, sebagai peniaga apa matlamat dan keinginan mereka adalah mendapat keuntungan yang lumayan.

Sehinggakan ada peniaga yang sanggup melakukan apa sahaja. Walaupun hakikatnya, perkara tersebut disifatkan sebagai satu penganiayaan kepada pelanggan.

Entah ke mana pergi perasaan dan hati segelintir peniaga yang bersikap sebegini. Pelbagai macam cara ‘halus’ yang digunakan bagi mengaut keuntungan. Lebih-lebih lagi peniaga yang menjual makanan laut seperti sotong dan lain-lain.

“Tak Padan Harga..” Lebih Tepung Dari Sotong, Wanita Ini Keliru Dapat Sotong Celup Tepung Ke Donut

Seperti mana yang dikongsikan oleh izzahrahimofficial0411 menerusi akaun TikTok miliknya apabila ada peniaga yang menjual makanan dengan harga dan rupa yang tidak masuk akal. Izzah telah pun membeli sebekas Sotong Celup Tepung dengan harga RM15.

Apabila dikeluarkan sotong berkenaan dari salutan tepung memang agak mengejutkan. Betul-betul banyak tepung dari sotong. Walhal sotong tersebut sangat sedikit. Sanggup peniaga berniaga seperti ini. Tidak tergambar perasaan pelanggan lain yang turut terkena.

Dapat dilihat dengan jelas menerusi video tersebut, hanya terdapat sedikit hirisan sotong apabila wanita ini menariknya. Betul-betul lebih tepung dari sotong.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada juga pengguna aplikasi TikTok yang lain turut menyatakan pernah mengalami situasi yang sama. “Saya pun dapat sotong celup tepung gini, senasib lah kita”, tulis Aindeena.

Menurut MiiyaAfia pula, katanya peniaga tersebut menggunakan sotong frozen. Memang sekarang pergi kedai tak mintak dah sotong ni sebab dorang guna yang frozen. Kalau naka makan pergi tempat betul-betul guna sotong segar.

“Dia guna sotong frozen , memng skrng g kdai xmntk dh sotong nie sbb dorg guna yg frozen . klu nk mkn g tmpt btl2 guna stng fresh kita nk bru dia goreng:, – MiyaaAfia

Baca :wanita ditangkap khalwat suaminya sendiri, siap ada video

Artikel ini disiarkan pada 03/09/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca :Sotong goreng tepung ke donat sotong , harga boleh tahan mahal sampai RM 15 […]