Status janda, kini jadi ‘pelaris’ ini sebab utamanya

Status janda, kini jadi ‘pelaris’ ini sebab utamanya

Status janda, kini jadi ‘pelaris’ ini sebab utamanya. Status janda dan duda yang dimiliki oleh seseorang wanita atau lelaki kini menjadi kelebihan buat mereka untuk berniaga atau mencari jodoh dengan orang bujang yang mahukan pasangan berpengalaman.

Ia berbeza dengan zaman sebelum ini apabila gelaran itu se­ring dirahsiakan kerana malu akan menjadi bahan mulut orang terutamanya apabila perkahwinan mereka gagal bertahan disebabkan perceraian hidup dan bukannya disebabkan pasangan meninggal dunia.

Pada zaman ini, status itu seolah-olah menjadi nilai tambah atau ‘pelaris’ kepada golongan tersebut kerana mampu membawa diri tanpa pasangan selain menjadi tarikan kepada orang sekeliling terutama ketika berniaga.

Seorang peniaga produk ­kosmetik, Maisarah, 45, berkata, dia berbangga digelar ‘janda berhias’ kerana ia memberikan ke­lebihan buat dirinya.

Katanya, gelaran itu bukan membuatkan dirinya murung atau resah sebaliknya ia menjadi satu kekuatan untuknya menarik lebih ramai pelanggan.

Status janda, kini jadi ‘pelaris’ ini sebab utamanya

“Apa nak dimalukan dengan status janda, kerana bagi saya ia satu kelebihan diri. Rasanya ramai lebih mencari janda daripada anak dara.

“Ramai yang gelar saya ‘janda berhias’. Ia menjadi kekuatan diri untuk saya terutama menarik lebih ramai rakan kongsi dalam memajukan perniagaan saya, sebab mereka ini lebih ramai orang kenamaan, lagi mudah untuk memikat hati,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Menurut Maisarah, dia telah berpisah dengan suaminya sejak 10 tahun lalu dan dia mula memberi tumpuan untuk memajukan perniagaan kosmetik yang diusahakan sejak 2015.

“Ramai yang datang mendekati dan ajak kahwin, tapi saya lebih selesa jadi janda kerana sudah ada pengalaman sebelum ini buatkan saya lebih kuat untuk hidup sendiri tanpa lelaki,” ujarnya.

Bagi Anatasia Ramli, 55, dia telah bercerai sebanyak empat kali kerana cepat bosan dengan pasangan.

Baginya, ‘darjat’ dirinya kini lebih tinggi berbanding wanita lain kerana lebih kerap dia berkahwin dan berpisah, dia akan mendapat perhatian utama serta rebutan para lelaki di luar sana.

“Bukan nak bangga diri, tapi ia satu hakikat. Ramai orang bujang cuba sunting saya dan saya bukannya kaya. Apa yang membezakan ialah mungkin cara layanan saya lebih pandai daripada wanita yang tiada pengalaman,” katanya.

Menurut Anatasia, setiap kali berpisah, dia akan segera mendapatkan pasangan kerana mudah rasa sunyi.

“Tetapi bila mereka mula membuat perangai yang saya tidak suka, saya akan rasa bosan dan inginkan perceraian,” dedahnya.

Sementara itu, pegawai pemasaran, Mohd. Ashriq, 38, menceritakan kisah hidupnya bergelar duda pada usia 21 tahun.

“Saya berkahwin dengan arwah isteri saya ketika kami berusia 19 tahun dan dua tahun kemudian dia meninggal dunia akibat kanser payu dara.

“Saya menduda hampir lapan tahun, dan kini mempunyai dua isteri dan empat orang anak,” kongsinya.

Katanya, pada tempoh per­kenalan bersama kedua-dua isterinya itu, dia telah memaklumkan tentang status dirinya seorang duda, namun bagi mereka ia adalah satu kelebihan berkahwin dengan lelaki berpengalaman berbanding bujang.

“Saya berkawan dengan isteri-isteri saya secara serentak.

“Pernikahan dengan isteri pertama pada November 2017 manakala bini kedua sebulan selepas itu,” katanya yang kini hidup bahagia.

BACA:

MB Perlis sah bercerai

Tak jadi bermadu lepas isteri tua tunjuk slip gaji

Artikel ini disiarkan pada 26/08/2022

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Status janda, kini jadi ‘pelaris’ ini sebab utamanya […]

  • […] Status janda, kini jadi ‘pelaris’ ini sebab utamanya […]