Suami berang pemakaian isteri ditegur, orang awam

Suami berang pemakaian isteri ditegur, orang awam.Terbaru, seorang suami seolah-olah berang apabila pemakaian isterinya ditegur oleh seorang lelaki dipercayai dalam sebuah acara pelancongan di Dataran Nilai, Seremban.

Menerusi satu muat naik rakaman di aplikasi TikTok, wanita tersebut lega apabila suaminya terus bersemuka dengan lelaki itu selepas mengadu berhubung cara teguran berkenaan.

CARI

OH MY MEDIA
OH MY MEDIA
#TIKTOK“Dosa dia saya tanggung” – Pemakaian isteri ditegur, suami ‘sound’ orang awam

Dalam agama Islam, terdapat adab dan cara tertentu bagi menegur kesilapan orang lain. Salah satunya adalah secara tertutup supaya tidak menjatuhkan atau mengaibkan seseorang.

Terbaru, seorang suami seolah-olah berang apabila pemakaian isterinya ditegur oleh seorang lelaki dipercayai dalam sebuah acara pelancongan di Dataran Nilai, Seremban.

Menerusi satu muat naik rakaman di aplikasi TikTok, wanita tersebut lega apabila suaminya terus bersemuka dengan lelaki itu selepas mengadu berhubung cara teguran berkenaan.

“Dosa dia saya tanggung” – Suami

ADVERTISEMENT

“First time nampak suami I marah orang macam ni. I terkejut terus dia pergi sound lelaki tu lepas I bagitahu dia.

“Time ni I rasa bangga jap sebab nampak suami I gentleman sangat bila orang kacau bini dia. Love you sayang.

“Lelaki tu jual buku kot kat event ni. Bila I lalu sebelah dia, dia terus cakap ‘tak malu ke pakai macam ni?’… I terus pandang dia and jeling, bagitahu suami sebab lelaki tu stil duduk pandang-pandang,” tulisnya.

Menurut wanita itu, dia tiada niat membuatkan orang ramai mengecam lelaki terbabit tetapi kurang selesa dengan cara pandangan yang didakwa seperti ‘lelaki gatal’.

“Saya post bukan sebab nak orang kecam lelaki tu, tapi dia memang nampak gatal dari jauh pandang atas bawah dengan pandangan macam nak terkam.

“Saya suruh hati-hati sebab takut orang lain kena ganggu atau raba sebab muka dia memang nampak macam perogol bersiri,” dakwa wanita berkenaan.

Tambahnya, dia dan suami menganggap tindakan lelaki itu adalah satu bentuk gangguan seksual dan bukan sejenis teguran berhikmah yang diajarkan dalam Islam.

@miakhalidah

Replying to @orenorenorenn mungkin sbb saya tak bertudung.. #itubukanpakcikyaguys #itubukanteguran #ituharrasment

♬ Эта любовь – Amirchik

Baca :Pelakon Adrea dah bercerai,ini penjelasan tuan badan

Artikel ini disiarkan pada 01/08/2022

COMMENTS

Wordpress (0)