Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah Berangkat bertemu PM Datuk Seri Anwar Ibrahim

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah Berangkat bertemu PM Datuk Seri Anwar Ibrahim

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah Berangkat bertemu PM Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malaysia dan Brunei Darussalam akan menilai kemajuan kerjasama sedia ada di samping meneroka potensi baharu bagi meningkatkan hubungan serta kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Perkara berkenaan akan direalisasikan sempena lawatan khas Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ke Malaysia hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima keberangkatan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, julung kali selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November lalu.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, lawatan terakhir Sultan Hassanal Bolkiah ke Kuala Lumpur adalah pada 4 hingga 6 Mac 2019 untuk menghadiri rundingan pemimpin tahunan ke-22 antara Malaysia dan Brunei Darussalam.

Selain itu, Anwar akan turut meraikan Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah serta rombongan dalam satu majlis santapan tengah hari.

Malaysia dan Brunei Darussalam mempunyai hubungan istimewa yang telah lama terjalin melalui persamaan warisan, budaya dan hubungan sesama insan.

Brunei adalah rakan dagangan ke-30 terbesar Malaysia pada 2021 dan keenam terbesar dalam Asean dengan jumlah perdagangan berjumlah RM8.03 bilion.

BACA JUGA:

Raja-Raja Melayu menghadiri Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 dipengerusikan oleh Tuanku Muhriz

Lelaki yang bersama Morgan Freeman pada pembukaan Piala Dunia Qatar ini orangnya

Adey Ashraf perjelas selepas didakwa suka berfoya di kelab malam

Artikel ini disiarkan pada 28/11/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah Berangkat bertemu PM Datuk Seri Anwar Ibrahim […]