Surat cinta ditemukan selepas 56 tahun, isinya menakjubkan

Surat cinta ditemukan selepas 56 tahun, isinya menakjubkan.Selepas 56 tahun, botol mengandungi nota mencari cinta yang ditulis dua remaja United Kingdom ditemukan semula.

Nota berkenaan ditemukan di dalam botol kaca di kawasan muara sungai, Humber Estuary, dekat sini, selama hampir enam dekad selepas Jennifer Coleman dan Janet Blankley menulisnya ketika usia mereka, 15 tahun.

Botol itu mempunyai nota bertarikh 9 Ogos 1966 iaitu hari selepas kali terakhir England memenangi Piala Dunia.

Surat cinta ditemukan selepas 56 tahun, isinya menakjubkan

Nota berkenaan ditemukan di dalam botol kaca di kawasan muara sungai, Humber Estuary, dekat sini, selama hampir enam dekad selepas Jennifer Coleman dan Janet Blankley menulisnya ketika usia mereka, 15 tahun.

Botol itu mempunyai nota bertarikh 9 Ogos 1966 iaitu hari selepas kali terakhir England memenangi Piala Dunia.

Dalam nota berkenaan, Janet dan Jennifer mempelawa remaja lelaki dalam lingkungan umur mereka untuk membalas semula mesej kepada mereka dengan gambar sebaik menemui botol itu.

Jennifer kini berusia 71 tahun, berkata mereka menulis mesej yang sama dan menyertakan alamat mereka di Grantham.

Katanya, mereka tidak pernah mendapat apa-apa balasan sehingga seorang ibu dan anak perempuan melihat botol itu pada 2 April lalu dan menghubunginya.

“Janet dan saya adalah kawan baik di sekolah. kami menghabiskan banyak masa bersama semasa cuti sekolah dan membawa haluan masing-masing selepas tamat sekolah.

“Saya terlupa sepenuhnya mengenai mesej di dalam botol itu dan ia berada dalam keadaan baik selepas setengah abad, sukar dipercayai ia berada dalam air selama itu.

“Saya mahu bertemu Janet semula, selepas lama terputus hubungan,” katanya.

baca :

Projek terbaharu Tesla menggemparkan dunia dan bank terkejut!

Sepasang kekasih kantoi beraksi tidak senonoh selepas buka puasa

Artikel ini disiarkan pada 15/04/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca :Surat cinta ditemukan selepas 56 tahun, isinya menakjubkan […]