Tabiat pelik kambing ini tarik perhatian netizen

Tabiat pelik kambing ini tarik perhatian netizen

Tabiat pelik kambing ini tarik perhatian netizen.Selepas 12 tahun menjadi penasihat jualan di syarikat automotif, Azroy Abdul Manaf kini menjadi penternak kambing berjaya selepas bertukar bidang pada hujung 2017.

Bermula sebagai hobi, Azroy, 38, akhirnya nekad untuk serius dalam bidang ternakan dan kini melakukannya secara sepenuh masa menguruskan 250 kambing ternakannya.

Gelagat bapa kepada seorang anak itu dengan haiwan kesayangannya mendapat perhatian kerana dia sering memuat naik pelbagai video ketika berada kandang di TikTok miliknya, @kambingyanganeh.

Azroy yang menetap di Kampung Sungai Salak Tambahan, Batu 9, di sini, tidak lokek berkongsi ilmu dalam bidang ternakan seperti cara penjagaan kambing dan lain-lain lagi yang berkaitan setiap kali bersiaran langsung di platform itu.

@kambingyanganeh pertempuran Di Land Of Dawn #duet #fypシ #kambingrangers #foryoupage #foryou #Hello2022 #kambingrangers #fyp #mpl @syedadeen_ ♬ original sound – KambingAneh

“Sudah lima tahun saya jadi penternak kambing dan tak sangka boleh terjebak kerana memang tiada pengalaman dalam bidang ini.

“Pada awalnya saya hanya memelihara dua ekor kambing yang ditempatkan di pondok dekat rumah dan itu pun sebagai hobi saja.

“Kemudian, kambing peliharaan saya itu membiak dan daripada situ datang keinginan untuk serius menjadi penternak sepenuh masa,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

@kambingyanganeh Bila Kamaruddin buat perangai pelik #Malaysia #foryou #foryoupage #fyp #KambingRangers ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Azroy berkata, dia dibantu adiknya, Raihanulfitri Abdul Manaf, 20; bapa saudara, Sahal Sarobena, 60, dan dua pekerja bagi memantau serta menguruskan kambing ternakan di kandang dekat kawasan perumahannya.

Katanya, selain kaedah penjagaan, rawatan dan pengurusan kewangan, banyak lagi dipelajarinya sepanjang menjadi penternak, termasuk tabiat pelik kambing yang tidak diketahuinya sebelum ini.

AZROY Abdul Manaf, penternak kambing yang berpengaruh di TikTok.

“Mereka yang mengikuti perkembangan saya di TikTok pastinya tahu saya beri nama pada setiap seekor kambing ternakan.

@kambingyanganeh makan makanan di atas meja, bukan makan atas meja #fypシ #foryou #foryoupage #fyp #KambingRangers #Malaysia ♬ original sound – KambingAneh

“Nama itu diberi mengikut karakter kambing dan banyak diambil daripada nama rakan atau orang terdekat yang ada personaliti sama.

“Sebahagiannya (kambing) agak istimewa kerana tabiat pelik misalnya Kamaruddin yang tidak makan rumput seperti kambing lain tetapi sukakan kuih, roti serta susu daripada satu jenis jenama saja.

“Seekor lagi kambing diberi nama Ecah yang suka ‘menyakat’ saya kerana akan mengembek lebih kuat apabila saya diam manakala Damia pula ada tabiat lari daripada kandang serta duduk di tempat makanan,” katanya.

@kambingyanganeh Die punta kaki tepat kt bebird aku.. senak weii #duet #fyp #foryou #foryoupage #fypシ ♬ original sound – KambingAneh

Azroy berkata, gelagat kambing ternakan itu menyebabkan kandangnya sering menerima kunjungan orang ramai dengan kebanyakannya terdiri daripada pengikut di TikTok.

Lebih mengejutkan Azroy apabila pengikutnya itu sanggup datang daripada luar Kuala Lumpur dan Selangor untuk melihat kambing ternakannya dengan lebih dekat.

“Boleh dikatakan setiap minggu ada saja orang luar yang datang ke kandang untuk melihat kambing ternakan saya.

“Kebanyakannya adalah pengikut yang sering menonton video atau siaran langsung saya di TikTok dan terkejut dengan sambutan diterima kerana ikutkan, saya baru aktifkan akaun (TikTok) pada Oktober tahun lalu.

“Itu bukti masyarakat sayangkan haiwan dan secara peribadi, saya ada perancangan untuk membesarkan lagi kandang supaya dapat menempatkan 1,500 kambing dan 150 lembu di dalamnya,” katanya.

BACA JUGA: Diva AA bagi carutan maut kepada Iqbal, ini puncanya…

Tak tahan nafsu, lelaki masukkan tali nilon 2 meter dalam alat sulit

Duit segulung RM100 terjumpa di Stesen Minyak, ramai pulak “claim” dia punya

Artikel ini disiarkan pada 15/02/2022