Tahun hadapan, pengguna Netflix dikena bayaran

Tahun hadapan, pengguna Netflix dikena bayaran

Tahun hadapan, pengguna Netflix dikena bayaran. Di zaman internet berkelajuan pantas masakini, siapa yang tidak kenal dengan Netflix, platform pernstriman video terkemuka di dunia. Walaupun dikatakan paling popular, Netflix masih tidak dapat mengelak daripada persaingan dan mengalami penurunan dalam keuntungan.

Kerana itu, Netflix sudah sekian lama merancang untuk menyekat perkongsian akaun, satu perkara yang menjadikan Netflix digunakan ramai, kerana satu akaun boleh digunakan ramai pengguna.

Mulai 2023, Netflix akan mula meminta pengguna yang berkongsi akaun dengan orang di luar rumah mereka, untuk membayar lebih.

Netflix telah pun menguji beberapa cara untuk bayaran perkongsian akaun ini, antaranya di Amerika Latin, Netflix mengenakan bayaran USD2.99 kepada akaun yang didapati di daftar masuk di lokasi di luar alamat pendaftaran akaun.

Pemilik akaun perlu memberi kod pengesahan untuk daftar masuk di luar lokasi, tetapi kod tersebut diperoleh jika bayaran tambahan telah dibuat.

Untuk menguatkuasakan peraturan ini, Netflix akan mengenakan sekatan perkongsian akaun menerusi alamat IP, ID peranti, dan aktiviti akaun. Tetapi Netflix pasti tidak mahu kehilangan pengguna akibat langkah ini, jadi ia mungkin akan dilaksanakan secara berperingkat, bukan dipaksa terus.

Sebenarnya, dalam terma dan syarat pendaftaran Netflix, mereka telah jelas menyatakan bahawa perkongsian akaun di luar rumah adalah tidak dibenarkan. Tetapi mereka tidak pernah memaksa perkara ini.

Sebagai cara lain, Netflix cuba mengenakan bayaran tambahan untuk menjadikan perkongsian akaun dibenarkan. Dijangkakan, Netflix memiliki 222 juta akaun berbayar, yang berkongsi akaun dengan 100 juta pengguna lain dan ia lebih berbaloi untuk Netflix mengenakan sedikit bayaran tambahan.

Pelan Netflix di Malaysia sebenarnya banyak pilihan, daripada serendah RM17 untuk 1 akaun di peranti mudah alih, sehingga RM55 untuk menonton di 4 skrin serentak. Di Amerika Syarikat, Netflix telah memperkenal pelan bersama iklan di dalamnya pada harga lebih murah.

Jika dibanding dengan platform penstriman lain, pelan Netflix sebenarnya agak murah kalau dikongsi. Berapa harga patut kalau Netflix mula kenakan bayaran tambahan untuk berkongsi akaun? RM5 seorang?

BACA JUGA:

Lagi jenayah kolar putih dan profil tinggi berkait ahli perniagaan Malaysia

Permaisuri Johor sedih, kanak-kanak empat tahun mati didera

Tentera Serbia dalam keadaan siap siaga penuh untuk bertempur pada bila-bila masa

Artikel ini disiarkan pada 29/12/2022

COMMENTS

Wordpress (0)