Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meninggal dunia

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meninggal dunia

Dukacita dimaklumkan Ybhg Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim telah pulang ke rah inmatullah pada pukul 11.08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur. Allahyarham dengan tenang dan disaksikan oleh semua ahli keluarganya.

 

Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 23hb April yang lalu akibat jangkitan pada injap jantung. Beliau meninggalkan seorang isteri, empat orang anak dan dua orang cucu.

 

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

Sejurus usai di Masjid Umar Al Khattab jenazah akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam bagi memberi peluang kepada rakyat di Selangor yang mahu memberikan penghormatan terakhir dan melakukan solat jenazah.

 

Atas titah dan limpah kurnia DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al-Haj jenazah akan disemadikan di Makam Di Raja Shah Alam.

 

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT khusus buat Allahyarham semoga Allah SWT memperkenan doa kita.

 

Ya Allah, Kau berilah pengampunan kepada Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim, kasihanilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kedudukannya, perluaskanlah tempat masuk (kuburnya), sucikanlah dia dengan air, salji dan air sejuk, bersihkanlah dia dari dosa-dosa seperti Engkau bersihkan kain yang putih dari kekotoran.

Gantikanlah dia rumah yang lebih baik dari rumahnya, ahli keluarga yang lebih baik dari ahli keluarganya dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya. Masukkanlah dia ke syurga dan hindarilah dia daripada azab kubur dan azab neraka.

 

Aamiin aamiin ya rabbal aa la miin.

ADMIN

 

31 Julai 2022/ 2 Muharram 1444h

Baca :Tan Sri Abdul Khalid meninggal dunia

Artikel ini disiarkan pada 01/08/2022

COMMENTS

Wordpress (0)