“Tapak tangan siapa tu” Lelaki ini kongsi Pengalaman “misteri”

“Tapak tangan siapa tu” Lelaki ini kongsi Pengalaman “misteri”

“Tapak tangan siapa tu” Lelaki ini kongsi Pengalaman “misteri”Rasanya dah lama sangat laa tak menulis panjang-panjang macam ni. Tapi hari ni saje laa nak share sikit pengalaman misteri yang telah kami lalui malam tadi ketika dalam perjalanan balik dari Muar ke Mersing.

Sebenarnya ni bukan kali pertama kami kena pengalaman ‘misteri nusantara’ macam malam tadi, tapi kalau tak silapnya ini dah kali ke empat atau kelima lah seingatnya memandangkan inilah jalan utama yang kami akan lalui hampir setiap minggu sepanjang tempoh 9 tahun ni.

Setiap kejadian misteri yang berlaku pada kami , terjadi di kawasan yang sama antara kampung sri lukut hingga ke simpang 4 jalan nak hala ke kampung orang asal.

Post ini bukanlah untuk menakut-nakutkan orang ramai, akan tetapi sentiasalah kita semua berwaspada dan beringatlah selalu ketika melalui jalan hutan lebih-lebih lagi pada waktu malam kerana mungkin kita juga akan dipertemukan dengan makhluk-makhluk Allah dari alam lain yang mungkin tak nampak dipandangan mata kasar kita.

Peringatan juga untuk mereka yang membawa anak-anak kecil, atau ada wanita yang dalam keadaan period, dinasihatkan untuk memasang bacaan ayat-ayat suci Al-Quran ataupun zikir-zikir sebagai pendinding diri sepanjang melalui kawasan gelap, sunyi, seram itu.

Ayuh kita mulakan cerita yang terjadi pada malam tadi. Ketika perjalanan kami sudah melepasi kawasan simpang kahang barat, sy mengalami rasa sakit kepala yang teramat sangat. Rasa rimas, serabut, tak selesa, rasa nak menjerit. Saya fikir mungkin sebab saya sedang mengalami pms so saya amik jalan untuk tutup je mata ni dan cuba untuk paksa tidur. Suami macam biasa tetap cool memandu tanpa ada gangguan mengantuk mata.

Setelah paksa tidur maka terlelaplah saya untuk beberapa ketika sehinggalah sampai ke kawasan berdekatan perkuburan cina kalau tak silap atau mungkin jauh sikit dari situ, suami tiba-tiba brek mengejut sebab ada seorang lelaki sedang berbasikal. Sudahlah berbasikal di gelap malam hari, di jalan yang sempit jugak tu pada kiraan saya, dan dalam keadaan kereta sedang sibuk memecut kiri dan kanan jalan. Berani betul dia. Tapi kita lebih risaukan keselamatan dia. Cubalah main beskal siang hari ke atau kat kawasan yang jauh lebih selamat. Haihh.. macam macam lah manusia ni.

Perjalanan diteruskan lagi. Borak-borak sekejap dengan suami, kemudian mata yang tadi dah terlelap sekejap, terus menyambung semula tugasnya. Pada ketika saya terlelap itulah secara tak sengaja suami mengalunkan lagu Ulek Mayang. Entah apa yang sedang dia fikirkan dalam kepala dan entah angin apa pulak laa tiba-tiba nak menyanyi lagu tu dalam hutan yang tebal , di malam hari. Tak pernah-pernah berlaku ya. Biasanya memang kami akan buat halaqah quran atau paling tak pun buka bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Saya ketika itu masih tidur tak sedarkan diri. Tak perasan dan tak sedar pun suami mendendangkan lagu ulek mayang tu sehinggalah sampai ke selekoh S kawasan yang kerap berlaku kemalangan antara kampung sri lukut dengan kawasan gerai buah (todak) yg dah lama tak beroperasi disebabkan pernah berlaku kemalangan disitu.

“Tummmmmm!!!!” Derdentum bunyi seakan bunyi letupan mercun bom kuat dari arah jauh. Saya terus terbangun jantung berdegup kencang bagai nak gugur. Saya fikir kami mengalami kemalangan rupanya tidak. Syukur pada Allah. suami teruskan perjalanan macam biasa. Saya tanya suami langgar apa? Dia kata dia terlanggar burung. Tapi pelik takkan langgar burung bunyi kuat macam tembakan senapang dari arah jauh bunyi dia?

Suami perasan macam ada satu ‘makhluk’ dari arah hutan terus menerpa ke arah saya dari depan cermin kereta. Tanya suami bunyi apa tu. Suami kata tak pasti. Mungkin burung. Tapi burung apa pulak terbang malam-malam hari. Si anak kata mungkin kelawar. Sebab kelawar terbang malam katanya. Tapi bunyi hentaman tu kuat seakan bunyi tayar meletup, atau bunyi tembakan dari arah jauh, atau paling tidak boleh dibayangkan bunyi nya macam mercun bola yang kuat.

Saya tanya awak ada terlanggar orang ke bang dia kata tak. Katanya ada benda datang dari arah hutan hentam cermin depan. Alhamdulillah cermin tak pecah, suami dapat kawal kereta dengan tenang. Dan kami teruskan sahaja perjalanan macam biasa sampailah ke rumah. Sambil-sambil berteka teki apakah sebenarnya benda itu tadi. Sesampainya di rumah suami terus turun kereta dan cek kawasan keliling kereta atas dan bawah. Tayar ke apa semua dalam keadaan baik sehinggalah kami terperasan ada kesan tapak tangan ini di atas cermin depan bahagian saya.

Pada sesiapa yang boleh melihat atau boleh mengetahui, kesan tapak tangan apakah ini yang telah menghentam cermin kereta kami?

Syukur pada Allah suami dalam keadaan tenang dan tak gelabah ketika insiden itu berlaku dan alhamdulillah anak-anak juga semuanya dalam keadaan baik.

Berikut adalah antara kejadian-kejadian misteri yang pernah kami lalui sebelum ini.

1-Plastik kacang hijau dirobek dicarik seperti cakaran kucing hingga menyebabkan kacang terabur.

2-Bau wangi menumpang bermula dari kawasan tersebut hingga ke sg melikai ketika kami bawa vespa lama kat belakang hilux.

3-Ayam kampung hidup yang berikat tali di kakinya, kami bawa balik dari kampung untuk dihadiahkan pada kawan suami tiba-tiba menggelupur dalam kotak. Padahal sepanjang perjalanan sebelum-sebelum tu takda pulak dia menggelupur.

4- Bau wangian bunga ketika melepasi jambatan sungai nitar, kampung sg tuba.

5-Kejadian paling teruk sekali malam tadi. alhamdulillah Allah lindungi kami dari perkara-perkara yg tak kami ingini.

Sekian sahaja cerita dari saya, moga kita semua dapat mengambil pengajaran dari kisah diatas agar lebih berhati-hati di kawasan yg saya maksudkan ini.

Sekian, terima kasih sudi membaca. 🙂

 

Baca :Extention Plug Socket boleh menyebabkan rumah terbakar,ramai yang abaikan

Artikel ini disiarkan pada 21/08/2022

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Baca :“Tapak tangan siapa tu” Lelaki ini kongsi Pengalaman “misteri” […]

  • […] Baca:“Tapak tangan siapa tu” Lelaki ini kongsi Pengalaman “misteri” […]