Terkini!!! Bapa Nicki Minaj meninggal dunia

Terkini!!! Bapa Nicki Minaj meninggal dunia

Bapa penyanyi Nicki Minaj, 38, iaitu Robert Maraj, 64, meninggal dunia selepas menjadi mangsa langgar lari di Long Island, di sini, kelmarin.

Berita itu disahkan polis dan menurut laporan, kejadian berlaku sewaktu Maraj sedang berjalan di sekitar Mineola. Sebuah kereta kemudian melanggarnya, ketika dia berada di persimpangan jalan.

Pemandu terbabit melarikan diri sejurus insiden itu dan masih belum dikesan identitinya. Penyiasat kini dalam usaha mengesan kenderaan serta pemiliknya disebabkan saksi kejadian tidak sempat mengecamnya.

Nicki bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes terbabit setakat ini. Hanya jurucakapnya yang mengesahkan mengenai berita malang berkenaan.

Nahas tragik itu berlaku selepas penyanyi Super Bass terbabit menimang cahaya mata sulungnya empat bulan lalu. Nicki atau nama sebenarnya Onika Tanya Maraj yang lahir di Trinidad membesar di New York.

Ibu bapanya berhijrah ke New York sewaktu Nicki berusia lima tahun. Dia juga kerap bercerita mengenai hubungannya yang rapat dengan bapa tersayangnya itu.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/2021/02/674633/bapa-nicki-minaj-meninggal-dunia

Artikel ini disiarkan pada 15/02/2021

COMMENTS

Wordpress (0)