Tiada caj isi borang permohonan bantuan prihatin rakyat – LHDN

Tiada caj isi borang permohonan bantuan prihatin rakyat – LHDN

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima aduan mengenai adanya pihak tertentu yang mengenakan bayaran bagi khidmat pengisian borang permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Menurut LHDN dalam kenyataan hari ini, permohonan BPR adalah percuma dan tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pemohon.

LHDN menegaskan bahawa mereka tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk memberikan khidmat pengisian borang BPR itu dan setiap permohonan yang diterima secara dalam talian mahupun borang kertas, disemak mengikut prosedur ditetapkan serta tiada keistimewaan diberikan.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan permohonan BPR, orang ramai boleh menghubungi talian Hotline BPR LHDN Malaysia 1-800-88-2747; HASiL Live Chat; dan mengisi Borang Maklum Balas dalam portal rasmi LHDNM https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.
Sumber: MK

Artikel ini disiarkan pada 08/02/2021

COMMENTS

Wordpress (0)