TM perjelas sebab sebenar isu penjualan Menara TM

TM perjelas sebab sebenar isu penjualan Menara TM.Telekom Malaysia Bhd (TM) hari ini menjelaskan bahawa ia merupakan penyewa di Menara TM yang terletak di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan hari ini, TM turut menegaskan bahawa ia bukan pemilik bangunan itu dan tidak terbabit langsung dalam usaha jualan oleh pemilik hartanah tersebut, Menara ABS Bhd.

“Syarikat kini dalam proses menempatkan semula sebahagian besar daripada pejabat korporat TM di hartanah miliknya, termasuk TM Annexe 1 dan TM Annexe 2 serta di Cyberjaya.

TM perjelas sebab sebenar isu penjualan Menara TM

“Ini merupakan sebahagian daripada usaha pengoptimuman syarikat bagi mempertingkat kecekapan dan ketangkasan selain selaras dengan persekitaran kerja secara hibrid,” katanya.

Menara TM yang disifatkan sebagai ikonik itu kini ditawarkan di pasaran pada harga yang tidak didedahkan jumlahnya.

Iklan yang disiarkan oleh The StarBiz hari ini menyatakan bahawa penjualan Menara TM itu dijalankan secara pernyataan minat dan tarikh tutup bagi jualan peringkat pertama ditetapkan pada 12 tengah hari, 18 Mac, 2022.

BACA JUGA: Rahsia terbongkar, ini rupanya 14 punca ramai calon gagal temuduga kerajaan

Makan di medan selera je, tapi harga nasi campur cekik darah, RM23 sepinggan!

Terlambat ke sekolah, didikan Faizal Tahir pada anak-anak curi tumpuan

Artikel ini disiarkan pada 10/02/2022